Hingga 60 peratus kenderaan komersial gagal pemeriksaan Puspakom
BERNAMA
KUALA LUMPUR: Puspakom Sdn Bhd, anak syarikat DRBHicom Bhd yang mengendalikan pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer di seluruh negara, berkata, antara 25 hingga 60 peratus kenderaan komersial gagal dalam pemeriksaan di pusat-pusatnya di Lembah Klang.
Puspakom berkata, jumlah yang gagal tidak pernah mencecah 80 peratus seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.
Peratusan ini berubah-ubah mengikut keadaan kenderaan yang hadir pada hari pemeriksaan tersebut, katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, peratusan yang gagal untuk ujian pemeriksaan yang dijalankan pada 4 September adalah 2260 peratus.
Puspakom berkata, ia sentiasa memastikan semua pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
"Pihak Puspakaom sentiasa tegas dan kakitangan diwajibkan mematuhi prosedur dan piawaian pada setiap masa termasuklah semasa operasi bersama Puspakom dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini," katanya lagi.
Kerjasama dengan BPR telah terjalin sekian lama serta operasi bersama baru-baru ini telah meningkatkan lagi integriti kakitangan Puspakom, katanya.
Puspakom berkata, syarikat itu sentiasa komited terhadap profesionalisma dan integriti untuk memastikan pelanggan mendapat pemeriksaan dan keputusan yang tepat melalui perkhidmatan yang telus.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, Puspakom boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1800886927 atau EAduan melalui laman web Puspakom iaitu www.puspakom.com.my atau hubungi terus ketua pegawai eksekutifnya melalui email ceo@puspakom.com.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan