Khamis, 22 Julai 2021

Ustaz Ebit Lew buat laporan polis

azrulhakimie

Berhubung beberapa tuduhan yang dibuat terhadapnya

BANGI – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung beberapa tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Portal Malakat Tribune melaporkan, Ustaz Ebit yang tiba kira-kira jam 6.15 petang turut diiringi dengan dua buah kenderaan lain.

Difahamkan beliau akan membuat satu sidang akhbar sejurus selepas laporan polis itu dibuat.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memuat naik satu hantaran menerusi Telegram berhubung misi kemanusiaan Ebit bersama pasukannya baru-baru ini.

Dalam status berkenaan, Nadir turut mengkritik cara kemasukan pasukan misi kemanusiaan yang diketuai Ustaz Ebit kerana menggunakan syarikat swasta dengan bayaran yang mahal.

Tiada ulasan: