Sabtu, 24 Julai 2021

‘Pertelingkahan’ Caprice, Nadir & UEL Lebih Hina Berbanding ‘Gaduh’ Kerajaan & Pembangkang

  THE PROFESSOR

Penulis berpendapat yang cukup lawak dan meloyakan adalah pergaduhan di antara pemimpin politik dalam kerajaan mahu pun pembangkang sahaja.

Namun tidak disangka-sangka, Gaza punya hal, muncul pula cerita lain yang memberikan imej buruk terhadap Melayu dan Islam dalam Malaysia.

Lainlah kalau mereka bergaduh tentang isu masyarakat miskin di Kodiang ke, Bintulu ke, Pedas Linggi ke, logiklah juga kerana ia masih dalam negara.

Ini tidak.. Sudahlah Gaza itu cerita luar negara, dibawa bertelingkahnya sampai satu negara terpaksa hadap. Bila akan berakhir? Tiada siapa yang tahu!

Kenapa Lebih Hina?

Tajuk yang penulis pilih mungkin boleh mencetuskan kontroversi namun ia terpaksa dipilih memandangkan rakyat Malaysia juga terlibat dalam ‘peperangan’ ini.

Jika pergaduhan ahli politik dalam kerajaan mahu pun pembangkang berlaku, ia cuma sekadar proses ‘semak dan imbang’ selain menjatuh populariti pihak lawan demi kuasa politik.

Namun apabila ‘ikon’ Melayu Islam bertelingkah soal membuat kebajikan, siapa yang baik atau siapa yang jahat, guna duit sendiri atau songlap untuk kaya, ia sesuatu yang memalukan.

Penulis suka mememetik kata-kata pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :

“Kita bukan hanya diperintahkan menutup aib orang tetapi kita juga diperintahkan untuk tidak mencari aib orang.

“Orang-orang yang mencari aib orang lain, Allah akan mendedahkan aibnya,” sebut Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dalam sebuah program dakwah.

Maka di sini, kalau nak berhujah dengan pelbagai kata-kata hikmat sekali pun, terlalu banyak yang akan keluar dan boleh dikaitkan seperti kalau tiada apa-apa yang baik untuk diucap, lebih baik diam.

Mahu Hidup Dalam Suasana Positif

Penulis cuma mahu satu kehidupan yang positif sepanjang musim pandemik COVID-19 selagi mana kita sebagai rakyat kena akur menjalani prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini tidak.. bangun-bangun pagi sahaja sebelum memulakan kerja dari rumah, buka telefon, buka Facebook.. MasyaAllah.. cerita pertelingkahan Caprice, Nadir dan UEL masih tak berkesudahan?

Sudahlah algorithm Facebook akan memaparkan mana-mana posting yang tinggi kepada penggunanya, maka posting sosial kawan-kawan dan keluarga yang positif selalu tenggelam.

Dari sini juga jelas bahawa rakyat Malaysia gemar membawang dan wujudkan enggagement pada posting sedemikian, maka.. itulah yang akan jadi sarapan rakyat Malaysia.

Jadi usah tanya kenapa tiada media yang tulis artikel berkait perkara ilmiah yang boleh menaikkan martabat bangsa Melayu Islam, jawapan sebenarnya adalah ‘Sudah Ada’.

Namun biasalah orang kita.. kurang gemar dan trafik untuk artikel sedemikian sangat menjijikkan. Oleh itu, tidak peliklah portal atau blogger mengejar trafik untuk isu yang ‘sampah’.

Semuanya berpunca daripada pembaca Malaysia yang gemarkannya dan keadaan ini harus dihentikan. Cukup jadi ejen perosak ummah dan contoh buruk kepada generasi baharu.

Tiada ulasan: