Isnin, 12 Julai 2021

Pekerja kilang wajib buat saringan setiap dua minggu

 Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

MOHAMED AZMIN ALI

PETALING JAYA: Pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diwajibkan menjalani ujian saringan RTK Antigen sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu mulai 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan berkenaan dikuatkuasakan bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD terutama di Selangor.

Selain itu, katanya, langkah tersebut dibuat bagi mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal.

“Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos ujian saringan pekerja tersebut.

” Saya menyeru buat semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan pihak kementerian. Perkara ini amat dikesali kerana ramai yang tidak patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) serta memandang ringan tentang perkara ini,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook hari ini.

Tambah Mohamed Azmin penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada terus merebak terutama di tempat kerja.-UTUSAN ONLINE-

Tiada ulasan: