Selasa, 13 Julai 2021

Pegawai khas timbalan menteri KPWKM meninggal dunia akibat Covid-19

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti 
Zailah Mohd Yusoff menyifatkan Kumutha Raman sebagai kakitangan yang 
sangat baik serta komited dalam tugasnya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pegawai Khas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff meninggal dunia akibat Covid-19.

Dalam catatan di Facebook beliau berkata, Kumutha Raman dimasukkan ke Hospital Putrajaya sejak 30 Jun lalu kerana didapati positif Covid-19 dan diberi rawatan di ICU.

“Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari tadi,” katanya.

Siti Zailah berkata, Kumutha seorang kakitangan yang sangat baik serta komited dalam tugasnya.

“Di saat-saat akhir sebelum pemergiannya pun dia tetap menguruskan aduan-aduan masyarakat,” katanya.

Tiada ulasan: