Rabu, 14 Julai 2021

Annuar ajak semua Ahli Parlimen wilayah persekutuan bincang imuniti kelompok

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ambil pendekatan bipartisan bagi 
melicinkan tumpuan mendapatkan imuniti kelompok secepat mungkin.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP, Umno, PKR, Bersatu termasuk senator diajak duduk bersama membincangkan usaha mencapai imuniti kelompok di wilayah persekutuan, kata Menterinya Annuar Musa.

Menerusi ciapan di Twitternya, Annuar juga mahu soal pembukaan aktiviti dan pergerakan di wilayah persekutuan turut dibincangkan bersama.

Annuar berkata, perbincangan berkenaan akan diadakan secara maya pada Jumaat, jam 11.00 pagi.

“Saya berhasrat mengundang Ahli Parlimen DAP, Umno ,PKR, Bersatu dan senator wilayah persekutuan untuk bersama saya hari Jumaat 16 Julai, jam 11.00 pagi (secara maya).“Bagi membincangkan cadangan perancangan ke arah mencapai mencapai imuniti kelompok serta pembukaan aktiviti dan pergerakan di wilayah persekutuan,” katanya.

Tiada ulasan: