Isnin, 12 Julai 2021

8,574 kes Covid-19, Selangor tertinggi

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,574 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 844,870 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 4,308.

Ini diikuti Negeri Sembilan (794), Kuala Lumpur (609), Kedah (415), Melaka (411), Johor (407), Pahang (314), Sabah (298), Sarawak (235), Pulau Pinang (231), Perak (168), Terengganu (140), Kelantan (133), Labuan (66) dan Putrajaya (45).

Tiada kes dicatatkan di Perlis hari ini.

Tiada ulasan: