Ahad, 14 Mei 2017

Sambutan 71 Tahun: Rakyat Bersedia Baca Talkin Untuk UMNO

Suara Kebenaran


71 tahun kalau ikut umur manusia, sudah dianggap umur bonus.  Majoriti manusia di Malaysia ini malah di dunia ini pun (kecuali Jepun), mata sekitar 65 dan ke bawah.  Dapat lepas ke 71 tahun ni kira untunglah.

Jadi kalau nak disesuaikan dengan UMNO hari ini, sebagai sebuah parti, lebih kurang itu jugalah maksudnya – tidak lama lagi mahu mampus. Biasa orang dah mati ni, bagi orang Melayu (golongan yang diperjuangkan UMNO), dibacakan talkinlah.

UMNO pun tak lama lagi begitu juga.

Sekalipun ramai manusia yang membentuk lautan merah dilihat di Bukit Jalil semalam, itu bukan bukti UMNO kuat.  Apa gunanya kuat dari kuantiti tapi kualitinya hampir tidak ada.  Ya kualiti.  Lebih baik lagi himpun Bersatu yang diadakan Januari yang lepas di Shah Alam.

Dalam himpun itu, meskipun yang hadir hanyalah 15,000 tapi ia melebihi kapasiti stadium iaitu sebanyak 7,000 orang.  Sedangkan Bukit Jalil mampu memuatkan 150,000 orang tapi jumlah kehadiran sekitar 100,000 atau kurang sahaja

Tiada ulasan: