Isnin, 8 Mei 2017

Presiden Skuad Mubaligh sahut cabaran debat Hindraf

ISMA WEB



BANGI – Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu menegaskan beliau hanya akan berdebat jika lawannya adalah Presiden Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy.

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik ke YouTube, Zamri berkata, beliau sedia maklum ada beberapa pengikut daripada NGO Hindu itu yang mengajaknya untuk berdebat dengan mereka.

Namun, beliau menyatakan keengganannya untuk berdebat dengan pengikut Hindraf tetapi bertegas untuk bertemu muka dengan muka dengan P Waythamoorthy.

“Saya nak bagitau la sekarang, kalau nak debat dengan saya, tak payah debat dengan pengikut, saya nak debat dengan P Waythamoorthy. Faham tak?

“Saya Presiden Peringkat NGO Malaysia dan dia pun Presiden NGO Malaysia. Jadi bila saya debat dengan dia baru ada ‘on the par’. Saya tak mahu debat dengan orang kucing kurap, come on,” katanya dalam video tersebut.

Zamri berkata, sekiranya P Waythamoorthy berani untuk berdebat dengannya, pemimpin Hindraf itu perlu menyahut cabarannya dan beliau akan memaklumkan beberapa tajuk boleh didebatkan bersama.

“Yang pertama, siapakah penggugat keamanan negara yang sebenar? Yang kedua, antara lembu dengan manusia, siapakah nyawanya yang lebih berharga. Yang ketiga, adakah masyarakat Hindu di Malaysia yang dihina atau mereka yang menghina

“Kalau berani, marilah, saya nak debat dengan P Waythamoorthy, bukan dengan semua macai macai P Waythamoorthy ni. Kalau berani, suruh P Waythamoorthy yang datang debat dengan saya,” tegasnya sambil meminta akhbar Sinar Harian untuk mengaturkan dialog debat antaranya dan P Waythamoorthy.

Pada masa sama, Zamri menyatakan bahawa dialog itu mahu diadakan kerana golongan penyokong Hindraf sendiri yang sebenarnya memulakan ajakan untuk mengadakan debat dan pihaknya hanya menyahut cabaran tersebut.

“Kita sebenarnya nak debat bukan sebab nak cari gaduh dan sebagainya, tetapi kita mengharapkan selepas dari debate tadi kita mendapat pencerahan, at the same time boleh hidup lebih harmoni.

“Dan sekiranya habis dialog itu, kalau semua masalah boleh diselesaikan saya berharap Hindraf boleh duduk diam-diam dan buat kerja kebajikan kepada masyarakat Hindu daripada kacau agama orang lain,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zamri turut mengingatkan pengikut Hindraf supaya tidak perlu sibuk untuk berdebat dengan Dr Zakir Naik, tetapi berdebat dengannya dahulu.

“Saya anak murid Dr Zakir Naik , kalau berani debat dengan saya dulu. Kalau boleh lepas saya, baru pergi jumpa dia. Kalau tak boleh lepas, lebih baik duduk dekat mana-mana corner jangan buat kecoh lagi dalam Malaysia,” katanya.


 

Tiada ulasan: