Jumaat, 12 Mei 2017

PAS Perak Putuskan Hubungan Dengan PKR





IPOH- PAS Perak memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri sebagai mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS menamatkan Tahaluf Siyasi dengan parti itu hari ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata keputusan Majlis Syura Ulama itu adalah tepat setelah mengambil kira percanggahan yang dibangkitakn PKR.


“Kita menerima keputusan yang dibuat dan kita harap anggota serta jentera parti akan kekal fokus untuk mengukuhkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Muhammad Nik Zawawi Salleh mengenai keputusan itu dibuat kerana PKR melanggar kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawa PAS.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Dr Lee Boon Chye berkata pihaknya berlapang dada dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS.– BERNAMA

Tiada ulasan: