Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR terputus ekoran sikap
parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu yang mengikut telunjuk DAP,
kata penganalisis politik, Datuk Dr Aidit Ghazali.
Justeru kata beliau, keputusan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR memang sudah dijangka sama sekali, katanya.
"Perkara itu memang saya dah jangka, sebab apa yang PKR dah buat
disebabkan mereka mengikut telunjuk DAP, sudah lama kita nampak benda tu
hanya nak tunggu macam ada majlis rasmi, mesyuarat rasmi, baru nak
diumumkan.
"Jadi, perkara yang sebenarnya dah jelas, hanya tunggu mesyuarat yang
rasmi, tunggu Muktamar PAS, tunggu Masjlis Syura untuk bersidang,
perkara yang hanya nak tunggu dirasmikan sahaja," kata beliau dalam
wawancara bersama Antarapos.
Bagaimanapun Aidit berpandangan, PKR masih mengintai ruang kerjasama
bersama PAS kerana menyedari kekuatan yang ada pada jentera parti
pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
“Kerajaan Selangor masih lagi tak singkirkan tiga Exco PAS yang dalam
kerajaan negeri sebab masih ada lagi hasrat dan hajat di dalam hati
Menteri Besarnya, Azmin Ali supaya paling tidak pun PAS Selangor sanggup
bekerjasama.
“Pada saya pembangkang menang PRU12 dan PRU13, mereka menang dan
menafikan 2/3 daripada Barisan Nasional adalah disebabkan jentera PAS
cekap,"katanya lagi.
Semalam, keputusan tahaluf siyasi PAS-PKR telah dimuktamadkan apabila
Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan ‘menceraikan’ PKR yang selama
ini dilihat telah banyak mengkhianati perjanjian di antara mereka.
Keputusan itu sememangnya dijangka oleh banyak pihak kerana melihat
kepada keyakinan PAS yang semakin berani mengorak langkah untuk bergerak
secara bersendirian.
Badan tertinggi PAS itu bagaimanapun berkata, Jawatankuasa PAS Pusat
akan menentukan kedudukan exco-exco dan wakil PAS di dalam kerajaan
negeri pimpinan PKR itu.
Namun Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan keputusan
Majlis Syura tidak memberi kesan kepada penyertaan parti itu dalam
kerajaan negeri pimpinan PKR yang ada sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan