Isnin, 1 Mei 2017

Hadi kata tak pernah calonkan anaknya

 


MUKTAMAR | Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak pernah mencalonkan anaknya Muhammad Khalil untuk sebarang jawatan dalam parti itu.

Menurut beliau, apa yang berlaku adalah pencalonan dari akar umbi sama ada wujud pertandingan atau tidak dalam pemilihan jawatan.

"Saya tidak mencalonkan anak saya dan tak minta anak saya bertanding, mahupun keluarga saya.

"Apa yang berlaku adalah pencalonan akar umbi yang menjadikan (jawatan) ada yang bertanding dan tidak bertanding," katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-63, di Alor Setar hari ini.

Terdahulu, Muhammad Khalil dilantik sebagai ketua pemuda PAS selepas menang tanpa bertanding bagi jawatan itu sekaligus menggantikan posisi Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Susulan itu, timbul dakwaan bahawa PAS turut dipengaruhi dengan parti dinasti keluarga seperti sesetengah parti lain.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata sememangnya semua orang mahu setiap anak mengikut perjuangannya.

"Semua orang begitu. Tak mahu anak kita ikut perjuangan selain daripada kita. Ada pun kedudukan, terpulang kepada ahli-ahli parti," jelasnya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: