Sabtu, 6 Mei 2017

DAP Rasis : Ikrar Jadikan Kaum Melayu-Islam Kelas Kedua Di Malaysia





DAP merupakan sebuah parti pelampau rasis apabila mahu mengubah secara total demografi politik Malaysia dengan berikrar menjadikan kaum Cina sebagai kelas pertama berbanding dengan Melayu-Islam yang merupakan kaum terbesar di negara ini.


Pengakuan itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika berceramah dalam bahasa Hokkien di hadapan masyarakat Cina di di padang sekolah Han Chiang di Pulau Pinang pada 6 Mac 2008.

“Bolehkan kita menjadi warga kelas pertama Malaysia? Selama 50 tahun, 50 tahun lamanya kita menjadi warga kelas kedua, ketiga, keempat aaah. Sudahlah, cukuplah, betul tak?

“Hendaklah kita bagi tahu Abdullah Badawi, bagi tahu Ong Ka Ting, bagi tahu Koh Tsu Koon, supaya mereka akan ketahui … kita mahu jadi (warga) kelas pertama,”kata Guan Eng.

Terjemahan kata-kata Guan Eng itu didedahkan oleh Helen Ang sepertimana pendedahan AIDCNews dua hari lepas.

Rujuk minit 6:30 dalam rakaman di bawah.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: