Selasa, 16 Mei 2017

Azmin Perlu Pecat Exco PAS Atau Hadapi Undi Tidak Percaya Di DUN – DAP

Suara Kebenaran
 


Krisis politik di Selangor lanjutan dari keputusan PAS menamatkan kerjasama dengan PKR, bertambah meruncing berikutan keengganan 3 Exco yang berkenaan melepaskan jawatan masing-masing.

Jangan kata 3 Exco itu, semua ahli Majlis dan Pengerusi JKKP lantikan politik PAS di Selangor, masih menjalankan tugas serta menerima elaun dari kerajaan negeri seperti biasa.

Justeru, seorang pemimpin DAP Pusat  hari ini menggesa Menteri Besar, Datuk Sri Azmin Ali untuk memecat kesemua Exco PAS ini atau berhadapan dengan proses undi tidak percaya di DUN Selangor dalam persidangan yang akan datang.

Buat kira-kira sendirilah, jika itu berlaku, siapakah yang paling rugi?  DAP ada 14 ADUN, PAS ada 13, Amanah 2, Bebas 2, PKR 13 dan selebihnya UMNO. 

Sekalipun Speaker DUN, YB Hannah Yeoh hilang kelayakan mengundi, fraksi yang tidak menyebelahi Azmin masih lagi membentuk majoriti dalam Dewan.  UMNO dan PAS sahaja sudah membentuk 25 kerusi, peluang Azmin untuk menang dalam proses undi tidak percaya itu boleh dikatakan sudah tertutup.

Tapi perlukah keadaan jadi seteruk itu?  Tidak perlu pun kalau Azmin memecat semua Exco PAS yang terbabit. katanya lagi.

Tiada ulasan: