Isnin, 9 Januari 2017

Peguam, NST mengaku bersalah pada Anwar

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh hari ini memohon maaf terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaannya sebelum ini bersabit aktiviti penggubahan wang haram membabitkan Ketua Umum PKR itu.
 
Ranjit pada 2013 dan 2014 menerusi surat khabar New Straits Times (NST) menuduh Anwar terlibat dalam aktiviti itu tanpa sebarang bukti.
 
Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.
 
Selain Ranjit, NST juga mengaku bersalah dan bersedia menyiarkan permohonan maaf Ranjir, selain membayar saman fitnah bernilai RM60,000 kepada Anwar.
 
Kedua-dua defendan juga memohon maaf terhadap mendiang Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa sebagai menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.
 
Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Teoh Guat Cheng dan Kenail Singh, manakala NST diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir.
 
Sementara Anwar pula diketuai Sangeet Kaur Deo, selain Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.
 
Persetujuan berkenaan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop dengan rundingan selama dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.
 
 

Tiada ulasan: