Rabu, 26 Ogos 2015

Ringgit terus turun, 4.27 berbanding dolar AS

SINAR HARIAN


Ringgit ditutup rendah
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini.

Pada jam 9.26 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2760/2850 berbanding dolar AS daripada 4.2105/2155 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, sentimen masih tidak stabil, malah dolar AS juga terjejas sehingga diniagakan rendah berbanding euro dan yen.

"Dolar AS jatuh berbanding kedua-dua mata wang berkenaan berikutan sentimen negatif walaupun China sudah menggerakkan langkah melonggarkan polisi kewangan," katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga rendah berbanding mata wang utama lain. Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.0413/0496 daripada 3.0120/0167 semalam.

Ia juga susut berbanding pound sterling kepada 6.7095/7253 daripada 6484/6580 dan susut berbanding euro kepada 4.9212/9325 daripada 4.8631/8693 pada penutupan semalam. - Bernama


Tiada ulasan: