Khamis, 20 Ogos 2015

Pejabat AG masih teliti siasatan BNM isu 1MDB

MALAYSIAKINI





Pejabat Peguam Negara sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen," kata Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kepada Malaysiakini.

"Kertas siasatan itu dihantar kepada kami lewat petang atau sebelum jam lima pada hari gabenor (BNM) mengadakan sidang akhbar.

"Itu bukan (kertas kerja yang telah dihantar kepada kami) seminggu sebelum (sidang akhbar Zeti )," katanya lagi.

Dalam sidang media Khamis lalu, Zeti berkata Bank Negara Malaysia telah membuat kesimpulan berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

Katanya, bank pusat itu telah menghantar kertas siasatan kepada peguam negara dengan mencadangkan supaya penguatkuasaan yang sesuai dibuat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil penyiasatan kerana beliau tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk berbuat demikian.


Tiada ulasan: