Isnin, 17 Ogos 2015

Lagi MP BN sangkal dakwaan mahu guling kerajaan

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad


BATU PAHAT – Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad membuat satu laporan polis, di ibu negara, hari ini, setelah menyedari namanya tersenarai dalam 20 ahli parlimen yang terlibat dalam komplot guling kerajaan.

Menegaskan dirinya tidak terlibat langsung dalam agenda itu, Noraini berkata apa yang tersebar di media sosial itu hanyalah fitnah semata-mata.

Menurutnya, penyebaran maklumat itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang turut mengaitkan namanya bersama 19 ahli parliman Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Saya menafikan tuduhan ini sekeras-kerasnya, tuduhan terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha atau komplot ini, saya pasti ia mempunyai niat menjatuhkan kredibiliti nama baik saya selaku ahli parlimen BN.

“Tindakan ini adalah untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti, selain ia hanya akan mengakibatkan perpecahan dalam kalangan ahli serta satu persepsi yang tidak baik oleh masyarakat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tangkap saja siapa terlibat mahu guling kerajaan]


Tiada ulasan: