ALOR SETAR: Seorang bekas pemain bola sepak dicekup bersama seorang
wanita dalam satu serbuan di bilik hotel sekitar Bandaraya Alor Setar,
kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 52 tahun
yang juga dipercayai suami orang ditahan kerana disyaki bersekedudukan
dengan wanita berusia 27 tahun.
Pada peringkat awalnya, pasangan berkenaan memaklumkan kepada
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bahawa mereka adalah suami
isteri.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa pasangannya itu
merupakan anak saudaranya selepas disoal disiasat lebih lanjut.
Namun ketika penguatkuasa Jaik menghubungi ibu wanita berkenaan, dia
mengesahkan bekas pemain bola sepak itu dan anaknya hanyalah kenalan
lama.
Pasangan berkenaan antara enam pasangan ditahan dalam operasi selama
lima jam sekitar Alor Setar dan Pokok Sena disertai kira-kira 28
penguatkuasa Jaik.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi
Mahmud berkata, ketika diserbu lelaki berkenaan hanya bertuala manakala
pasangannya memakai baju terbalik. Menurutnya, mereka juga didapati
mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik hotel berkenaan.
“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat
swasta berkenaan dikatakan menghuni hotel tersebut selepas menyelesaikan
urusan kerja mereka.
“Mereka akan disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau
dua tahun penjara,” katanya.
Dalam perkembangan sama katanya, dia menasihatkan pasangan suami isteri
membawa dokumen berkaitan pernikahan mereka untuk memudahkan urusan
pemeriksaan.
“Ada kes pasangan tertentu mendakwa berkahwin di sempadan, bagaimanapun mereka langsung tidak membawa dokumen berkaitan.
“Perbuatan tidak membawa dokumen penting sebegini tidak hanya
menimbulkan syak, malah menimbulkan masalah untuk melakukan
pemeriksaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan