Khamis, 25 Jun 2015

Pilih kerjaya, jawatan yang boleh cepat ke syurga, Shahidan sampaikan tazkirah

THE RAKYAT POST

Saya jadi menteri kerana mahu cepat masuk syurga, kata Shahidan pada Rabu ketika menyampaikan tazkirah kepada pemberita yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di PWTC. - Foto arkib TRP/Adib Hakim
Saya jadi menteri kerana mahu cepat masuk syurga, kata Shahidan pada Rabu ketika menyampaikan tazkirah kepada pemberita yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di PWTC. - Foto arkib TRP/Adib Hakim



KUALA LUMPUR-  Pilihlah apa juga kerjaya sekalipun dan peganglah apa sahaja jawatan asalkan ia tidak membawa kita ke neraka – itu nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

“Saya jadi menteri kerana mahu cepat masuk syurga,” kata Shahidan.

“Kalau kita pegang apa-apa jawatan yang menyebabkan kita pergi ke ‘sebelah’ syurga (neraka), jangan pegang jawatan tersebut.

“Buat apa sahaja dalam kehidupan yang bolehkan kita cepat pergi syurga,” katanya ketika menyampaikan tazkirah ringkas selepas Majlis Berbuka Puasa bersama media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Beliau turut mengingatkan pemberita supaya menjalankan tanggungjawab secara yang membolehkan mereka masuk ke syurga.

“Kenapa kamu jadi pemberita? Kalau jadi pemberita masuk syurga, kamu cepat masuk syurga, terus jadi pemberita.

“Tetapi kalau kamu cepat pergi ‘sebelahnya’, jangan jadi pemberita,” kata Shahidan sambil mengingatkan semua hadirin agar membanyakkan berdoa sempena bulan Ramadan kerana Allah dikatakan membuka pintu langit dan memakbulkan permintaan umatnya pada bulan ini.

“Allah membuka pintu langit untuk kita berdoa dan berdoalah bersungguh-sungguh. Ini adalah peringatan Allah kepada kita semua,” katanya.


Tiada ulasan: