Selasa, 23 Jun 2015

Nizar Tetap Sebagai Ketua Pembangkang Perak!

KELAB GREENBOC



 

Nizar kekal ketua pembangkang Perak, kata DAP negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menang kerusi itu atas tiket PAS akan kekal sebagai ketua pembangkang Perak, kata Pengerusi DAP negeri Nga Kor Ming, walaupun kerjasama antara kedua-dua parti itu sudah berakhir.

Nga berkata Nizar yang juga pernah menjadi menteri besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008, menerima sokongan semua 18 Adun DAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Nizar akan kekal sebagai ketua pembangkang walaupun PR tidak lagi wujud dalam negeri ini. Selain wakil daripada DAP, saya percaya Nizar juga memperoleh sokongan daripada 5 lagi Adun PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Lima lagi wakil, termasuk Nizar adalah daripada PAS dan secara bersama, mereka membentuk 28 Adun pembangkang dalam DUN.

Nga, yang juga Adun Kepayang berkata ini adalah respons sama ada DAP akan menarik sokongannya kepada Nizar untuk kekal sebagai ketua pembangkang, memandangkan DAP dan PAS tidak lagi menjalinkan kerjasama politik.

Ini adalah susulan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di muktamar tahunan PAS awal bulan ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mengumumkan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu membuat keputusan mengisytiharkan PR sudah terkubur memandangkan parti sekular dan rakan kongsi Islam itu tidak lagi bekerjasama.

Nga berkata walaupun PR tidak lagi wujud, Nizar boleh memegang jawatan itu kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.

“Kedudukan Nizar adalah wakil rakyat yang dilantik dan DAP yang membentuk majoriti pembangkang dalam DUN menyokongnya untuk kekal di situ,” katanya.

Nizar menjadi ketua pembangkang negeri sejak Mei 2009.

Nga, yang juga ahli Parlimen Taiping berkata DAP negeri mempunyai hubungan yang mesra dengan kepimpinan PAS Perak yang baharu di bawah Rosman Zakaria.

“Kami bukan musuh PAS atau pemimpinnya. Contohnya, kami akan pergi majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri mereka jika dijemput.

“Bagaimanapun, kami mempunyai hubungan kerja yang cemerlang dengan semua Adun PAS dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dilantik dalam DUN,” katanya.

Nizar sendiri gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat bersama sekumpulan ahli “progresif” yang diketuai bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang digulingkan dalam pemilihan kedudukan tertinggi parti.

Nizar juga tewas bagi jawatan ketua cawangan PAS Kampar yang disandangnya sejak 14 tahun lalu, kepada Mohd Sofian Rejab, seorang guru agama. -TMI

ULASAN GB

Maka bertempiklah golongan pro-ulama bersama-sama UMNO... Nizar budak suruhan DAP!

Sedangkan Nizar adalah ikon pemersatu parti-parti komponen di dalam PR. Sekalipun PAS memiliki kerusi minoriti di Perak selepas PRU12 dahulu, tetapi Mohd Nizar dilantik sebagai Menteri Besar Perak berdarkan ketokohan dan professionalism yang beliau miliki. 


Dengki dan irihati UMNO menyebabkan beliau dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti keldai DAP, talibarut Cina dan seumpamanya sehingga timbullah kononnya ada Penjanjian Pangkor II dimana dikatakan Nizar menandatangani satu perjanjian untuk bersetuju tidak melaksanakan hukum Islam apabila menjadi MB Perak. 

Fitnah dari UMNO ini kemudiannya digunakan dan diperpanjangkan oleh kumpulan ulama dalam PAS di dalam grand design mereka untuk menjatuhkan kumpulan profesional dalam PAS termasuk Nizar.

Sekalipun difitnahkan sedemikian rupa, hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Sebutir permata tetap permata walaupun dimana ia berada. DS Nizar masih diyakini oleh rakan-rakan komponen PR untuk terus menjawat sebagai Ketua Pembangkang.

Setelah dicantas oleh kumpulan gila jawatan dan gila kuasa di kalangan PAS Perak, mungkin selepas ini nama DS Nizar tiada lagi dalam senarai calon PAS di dalam pilihanraya akan datang.

Pun tidak mengapa, DS Nizar, insyaAllah, salah seorang pendokong parti baharu, dan meloponglah PAS Perak selepas ini... 


Tiada ulasan: