Isnin, 1 Jun 2015

Lagi video pelajar kolej dibuli di asrama

Mangsa didakwa dibelasah kerana membuat aduan kepada pihak asrama apabila banyak almari pelajar dipecah.


buli_600


PETALING JAYA: Satu lagi kes buli di asrama yang melibatkan pelajar kolej vokasional telah dimuat naik di laman sosial Facebook.

Kali ini didakwa melibatkan pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan di Bentong, Pahang.

Menurut pemilik akaun Adam Aki, kejadian itu melibatkan anak kepada rakannya yang dibelasah oleh pelajar lain kerana membuat aduan kepada pihak asrama ekoran banyak almari telah dipecah.

Adam Aki mendakwa, mangsa merupakan ketua blok asrama itu.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan mangsa yang tidak berbaju dipukul oleh dua pelajar yang memakai baju Melayu putih dan biru.

Turut kelihatan, seorang lagi pelajar berbadan besar yang hanya berseluar sehingga menampak punggung yang turut bersubahat dengan menarik mangsa.

Rata-rata pengguna Facebook mahukan rakaman video itu disebarkan kepada media supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) cepat bertindak.

Baru-baru ini, seorang pelajar kolej vokasional di Kelantan meninggal dunia selepas dibelasah oleh pelajar lain kerana mendakwa mangsa tidak menghormatinya sebagai senior di asrama.

Suspek telahpun didakwa di mahkamah.

LIHAT BERITA ASAL

Tolong war2kan anak sahabat saya jadi mangsa buli di Kolej Vokosional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang.


Tiada ulasan: