KUALA LUMPUR:  1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan hasil pinjaman US$150 juta dari Export-Import Bank of Malaysia (EXIM) yang dimiliki Kementerian Kewangan digunakan mengikut perjanjian.

 

“1MDB mengesahkan hasil pinjaman itu digunakan mengikut terma perjanjian, iaitu untuk membiayai tujuan korporat am, termasuk, tetapi tidak terhad, untuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal hadapan dan penanaman ekuiti perniagaan tenaga dalam kumpulan syarikat 1MDB,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ia merupakan fakta yang diketahui umum bahawa 1MDB Group termasuk Edra Energy, dengan portfolio 13 loji kuasa dan penyahgaraman di lima negara.