Jumaat, 14 Februari 2014

Anwar: Hanya di Malaysia kempen luar waktu salah?

Oleh: Norhayati Umor


KAJANG  : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pertikaian beberapa pihak berhubung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang mendakwa ianya dilakukan di luar waktu berkempen.

Katanya, kesalahan itu tidak berlaku di negara lain kecuali di negara Malaysia.

AnwarAnwar bagaimanapun bersedia bekerjasama dengan polis untuk menjalankan siasatan mereka.

“Saya tidak pernah dengar berkempen sebelum tempoh kempen ini salah. Hanya di Malaysia, Polis kata hendak siasat, siasatlah. Siasat cara baik.

“Nanti saya tulis surat kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri), siasatlah kes rompak kes samun.

Balik-balik nak siasat Anwar Ibrahim,” katanya dalam ceramahnya di Kompleks Penghulu, Batu 10, di sini.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan membuka tiga kertas siasatan terhadap Anwar berhubung tindakannya berkempen sebelum penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Siasatan itu merujuk di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mengemukakan sebarang kenyataan bertulis 10 hari sebelum melakukan berkempen.

AnwarBagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang telah mula berkempen bagi PRK Dun Kajang memandangkan tempoh rasmi berkempen belum bermula.

Dalam pada itu, beliau turut yakin usaha Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) akan berhasil berikutan peningkatan kos sara hidup yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

“Saya yakin kita boleh merintah. Insya-Allah, dengan orang marah dengan kenaikan harga barang.

“Saya yakin, Kajang… kita mantapkan kekuatan Selangor, ekonomi kita, pertumbuhan kita ada baiknya,” katanya.EZY

Tiada ulasan: