Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Kes rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa
Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bukti manifesto BN
untuk memerangi rasuah hanya janji kosong.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata,
manifesto 17 janji dan enam sebab kenapa perlu menyokong parti itu
penuh dengan tipu muslihat padahal mereka tidak mampu laksanakannya.
Katanya, ia sekadar untuk menutup fakta bahawa mereka adalah punca kepada permasalahan negara.
“Hakikatnya,
manifesto pilihan raya BN penuh dengan tipu daya. BN bertekad untuk
membasmi ancaman rasuah, tetapi kes Ketua Menteri Sabah menerima sogokan
RM40 juta berserta kekayaan RM64 bilion yang dimiliki kaum kerabat Taib
Mahmud membuktikan janji BN hanya omong kosong.
“Kenapa tiada tindakan selanjutnya diambil? Di mana iltizam politik
BN untuk memerangi rasuah? Menjelang pilihan raya, sekali lagi janji
kosong sebegini dilaungkan,” kata Khai Loon pada kenyataan.
Menurutnya, BN yang lemah dalam pentadbiran tidak mampu melakukan
perubahan kerana parti itu sedia maklum lebih separuh abad pemerintahan
tetapi masih belum boleh dibanggakan dari segi pencapaian.
“Usul politik BN umpama laungan kosong. BN lemah dari segi keupayaan
untuk berubah. Najib menegaskan bahawa transformasi memerlukan masa dan
segala-galanya masih dalam proses perubahan.
“Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan ketara. Penyelesaian masalah bergantung pada kesungguhan untuk berubah,” katanya.
Khai Loon berkata, variasi manifesto BN yang diumpan kepada rakyat
bertentangan daripada apa yang dilakukan mereka, sebaliknya pendekatan
itu lebih mesra dengan Pakatan Rakyat.
“Pertubuhan rakyat dan kerajaan Pakatan berusaha untuk menyekat operasi Lynas dan projek pembangunan mengancam alam sekitar.
“BN pula tidak mengendahkan bantahan rakyat dan sanggup menggadaikan
nyawa rakyat demi kepentingan ekonomi jangka pendek. Maka, hasrat BN
untuk membangunkan tenaga hijau tampaknya sungguh tidak meyakinkan.
“Sedangkan Pakatan melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan
adil, sekaligus mengelakkan kemungkinan berlakunya kes rasuah.
“Malah, Pakatan juga terus-menerus menggalakkan penyertaan kaum
wanita dalam aktiviti sosial dan menyediakan pelan perlindungan sosial,”
kata Khai Loon. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan