Ahad, 16 Disember 2012

Tarbiah Lemah PAS Rebah

Oleh Idris Ahmad


Kehebatan Pas mampu bergerak sehingga mencapai usia 61 tahun di persada politik memang dikagumi oleh semua pemerhati politik. Macam mana ebuah parti yang tidak pernah memerintah di peringkat pusat mampu bertahan sehingga kini.

Parti yang pada mula disokong oleh lebai kampung dan Tok Guru Pondok sudah menjadi parti yeng mencipta nama di peringkat antarabangsa terutama di dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam yang tertindas.

 Pimpinan Pas diberi kepercayaan di dalam isu perang Teluk, konflik di Acheh, Selatan Filipina dan pergolakan Yaman Selatan. Sekarang Pas sebaris dengan pemimpin gerakan Islam antarabangsa.

Pilihanraya merupakan wasilah Pas untuk mendapat kuasa. Inilah kelebihan Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah dan Harakah Siasah, ia boleh bergerak di jaluran dakwah dan politik. Ertinya setelah tutup peti undi, maka petugas Pas akan bergerak untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Apakah rahsia Pas, sehingga mampu bertahan sehingga kini?.  Sedangkan parti yang seangkatan dengannya sudah berkubur tanpa batu nisan.  Kesemua ini kerana Pas ada sistem tarbiah. Inilah kekuatan yang Pas wajibkan kepada semua ahli Pas samaada yang bergelar pemimpin atau ahli biasa. Jika ada individu yang gagal maka itu adalah masalah individu yang tidak mahu menyerapkan unsur tarbiah di dalam dirinya. Segala gerak kerja pilihanraya akan menjadi lesu dan tidak bermaya jika aspek ini kita ketepikan,  maka Pas akan rebah jika tarbiah lemah.

Tarbiah Pas mendidik supaya ahlinya memahami Islam secara syumul, menghayati Islam dan memperjuangkan Islam sebagai satu usaha jihad. Penekanan mengenai akidah diberi keutamaan sehingga ia menjadi pemangkin kepada setiap ahli. Kerana ini merupakan asas kepada manhaj tarbiah  Pas. Ia juga merupakan manhaj yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW ketika mendidik para sahabat sehingga mereka menjadi generasi al-Quran yang unik.

Sendi kekuatan ini jangan dirobohkan di dalam Pas. Walau pun tarbiah Pas tidak sempurna, ia bukan menjadi batu penghalang supaya diri kita bersedia untuk ditarbiah.

Memandangkan realiti perjuangan Pas suatu yang sukar, bukan  dihampari dengan permaidani merah maka ia perlu kepada kekuatan dalaman. Perjuangan yang akan diuji oleh Allah sebagaimana orang-orang yang terdahulu.
 
Tarbiah mesti  bertitik tolak daripada Iman dan akidah, maka semua ahli akan bekerja untuk  mengharap reda Allah bukan reda manusia.  Mereka bekerja bukan kerana individu, tetapi kerana satu kewajipan. Keyakinan mereka bahawa kerja ini adalah ibadah. Mengabaikan tugas berarti satu dosa. Oleh itu mereka tidak akan biarkan Pas terkontang kanting tanpa usaha untuk mengembang dan mempertahankan Pas.. Walaupun jika  Pas menang,  bukan habuan dunia yang mereka minta. Mereka begitu  bangga melihat Pas berjaya.
 
Dengan tarbiah ahli dapat memahami asas perjuangan Pas. Perjuangan yang merujuk kepada Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma dan Qias. Ahli telah ditarbiah bahawa perjuangan Pas bukan perjuangan untuk individu. Pas tidak tergugat jika ada mana-mana individu yang khianat. Mereka akan hilang begitu sahaja. Ibarat si luncai dengan labu-labunya. Pas didik ahli,  bukan taksub kepada mana-mana individu.

Tarbiah melahirkan ahli yang tidak akan berdiam diri terhadap semua kemunkaran yang berlaku di atas muka bumi ini. Mereka sentiasa agresif untuk menentang penyelewingan yang berlaku di dalam negara. Mereka sudah ditarbiah, kezaliman dan penindasan tidak boleh dikonfromi.Oleh itu mereka sentiasa bergerak untuk menyatakan yang hak. Inilah yang menjadi motivasi kepada ahli.

Dengan  Tarbiah mereka bekerja tanpa diupah. Bekerja dan beramal kerana Allah. Sanggup berjemur panas dan hujan. Mengorbankan seluruh keringat dan tenaga demi Islam. Perkara ini tidak akan diperolehi dengan spontan dan semangat. Sebaliknya ia perlu kepada proses tarbiah yang difaham oleh ahli. Perkara ini tidak ada di pihak musuh. Kerana seluruh jentera tidak bergerak jika tanpa minyak pelincir (upah). 

Tarbiah melahirkan ahli yang sabar dan tahan ujian. Mereka faham bahawa perjuangan Pas tidak akan berada di zon selesa. Perjuangan tanpa dihampari dengan permaidani merah, sebaliknya penuh dengan ranjau dan duri. Ahli Pas ada yang dibunuh seperti peritiwa Memali yang mengorbankan 14 orang yang gugur syahid. Mati ditembak seperti  Cikgu Tahrim bekas Pesuruhjaya Perlis, mati ditetak seperti Abdul Samad Gol, mati dibunuh seperti Ustaz Osman Talib ketika pilihanraya kecil Padang Terap. Ramai di kalangan ahli Pas yang di ISA.

Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT

"Alif Lam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu, daripada mereka , maka (dengan ujian yang demikian), nyata  apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah ak-Ankabut 1-3)

Dengan Tarbiah,  Pas berjaya membentuk ahli Pas yang taat dan wala'.Mereka taat kepada pemimpin selagi pemimpin taat kepada Allah dan Rasul.Firman Allah SWT

"SesungguhnyaNya penolongmu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah) (al-Maidah :55)

Apabila pemimpin menyelewing dan kianat parti, maka mereka akan ditinggal keseorangan. Ahli Pas tidak akan Walau bagaimanapun dengan tahap minima begini Pas masih mampu bergerak. Mereka yang ditarbiah dan menghayati konsep tarbiah dengan sedaya mungkin akan  menggerakkan jentera parti diperingkat lokaliti (kampung). Suatu perkara yang menyelewing di dalam perjuangan , jika ada  berpandangan bahawa tarbiah tidak penting sewaktu hampir pilihanraya. Jika ada berpandangan sedemikian maka ini akan merosakkan masa depan parti. Musibah akan menimpa kepada jentera parti, kerana tidak ada siapa yang rela untuk mewakafkan diri kepada jentera parti.

Tarbiah berperanan untuk membuang sifat-sifat mazmumah daripada  setiap petugas parti. Sifat ini melambatkan gerak kerja parti. Penekanan pembersihan jiwa yang diberikan di dalam aspek tarbiah dapat membetulkan keadaan sehingga menjadi manusia yang kental dan tahan diuji. Inilah cara yang dilakukan oleh baginda kepada generasi sahabat pada peringkat awal dahulu supaya batu-batu penghalang dapat ditembusi. Soal pembersihan jiwa tidak boleh diketepikan, kerana godaan syaitan begitu kuat ketika kita melaksanakan amanah parti. Penekanan ibadah secara fardiah adalah anak kunci kejayaan tarbiah ruhiah. Ia lebih berkesan daripada kita lakukan secara jamaah. Ruh keikhlasan lebih menyerap ketika keseorangan berbanding apabila kita beramai-ramai. Inilah hikmahnya banyak ibadah sunat digalakkan supaya kita laksanakan secara fardi.

Tiada ulasan: