http://jalanpulang1978.blogspot.com, |
Memalukan!
Satu
lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya
diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke
seluruh dunia!
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus
mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai
pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata
pemimpin DAP.
Dakwaan
mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi
dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.
Dalam
satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini
menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua
mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard
pendidikan negara.
“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus
merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara
kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak
beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus
bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur
melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,”
tambah mereka.
Jelas
kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan
apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011
yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya
mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.
Kajian
berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik
untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di
belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong
dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.
Pelajar
berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya
mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449)
disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan
mendapat 427 mata.
Dalam
bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan
hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang
mendapat 420 mata.
Singapura
mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea
Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand
dengan 451 mata.
Tambah
mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap
sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah
di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun
bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.
“Penurunan
Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara
lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar
yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan Ong.
Purata
mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata
melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang
tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai
prestasi yang dikehendaki.
Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.
“Bagi
PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik
meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada
2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5
peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.
“Pada
masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik
sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan
peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang
lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.
TIMSS
adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik
bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan
Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan