Jumaat, 5 Oktober 2012

Kes rayuan Khir Toyo ditangguh kepada Disember

Hazlan Zakaria


 
Prosiding rayuan bekas MB Selangor Mohd Khir Toyo terhadap sabitan rasuah terhadapnya telah ditangguhkan kepada 7 Disember.

Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, A Athimulan ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini.

khir toyo mansion 060709 08Beliau berkata kes itu akan didengar lagi di Mahkamah Rayuan pada 7
Disember untuk "hujah selanjutnya".

Mohd Khir merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkannya terhadap tuduhan menyalahgunakan pengaruh dan kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan harta berharga pada harga di bawah nilai pasaran.

Mohd Khir dijatuhkan hukuman penjara dan hartanya telah diarahkan dirampas. Bagaimanapun, hukuman penjara itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Tiada ulasan: