Memaparkan catatan dengan label PRK SUNGAI BESAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK SUNGAI BESAR. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Jun 2016

Pas dakwa Azmin punca kekalahan PRK

MALAYSIA DATELINE
 
 

Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan ManPunca kekalahan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, disebabkan sokongan terbuka Datuk Seri Mohd Azmin Ali kepada calon Amanah, akui Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, Pas merasakan dikhianati Azmin meskipun ia mempunyai hubungan baik dengan menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata beliau memahami dilema Azmin yang menghadapi tekanan partinya (PKR) di Selangor.

Katanya, Pas tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi mahu parti itu menghormati kerusi PAS.

Semalam, Azmin dalam wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Oriental Daily berkata sukar berkomunikasi dengan pimpinan tertinggi PAS kerana parti itu lupa prinsip asas pakatan pembangkang.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat tetapi tidak patut merosak dan memusnahkan pakatan yang dibina sejak 1998. Penubuhan pakatan ini bukan perkara mudah kerana DAP dan PAS boleh duduk semeja, ini tidak pernah berlaku,” kata Azmin seperti dilapor FMT.

Isnin, 20 Jun 2016

Sg Besar jadi titik permulaan rampas S'gor, kata Najib

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar merupakan satu titik permulaan untuk merampas semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada harapan untuk perubahan berlaku ke arah itu selepas dibuktikan dengan kemenangan besar BN di kerusi Parlimen Sungai Besar.

Beliau berkata momentum kemenangan ini perlu diteruskan ke arah merampas semula negeri Selangor pada PRU14 selepas terbukti BN mendapat sokongan bukan sahaja daripada orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India.

"Ini bukan soal pemilihan UMNO...ini soal PRU akan datang, kita mesti bekerja bersungguh-sunguh dan berbakti kepada rakyat," katanya semasa berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di sini yang meraikan kemenangan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Beliau turut mengingatkan anggota BN dan jentera parti komponen supaya tidak menganggap tugas mereka sudah selesai dengan kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebaliknya mereka sentiasa perlu turun ke padang untuk bersama rakyat.

Perdana Menteri berkata beliau mahu semangat yang ditunjukkan jentera dan anggota BN pada dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diteruskan dan tidak taksub atau ego dengan kemenangan yang sifatkannya sebagai luar jangka itu.

Katanya, kemenangan itu berkat daripada kemuafakatan dan kerjasama anggota komponen BN serta menunjukkan parti itu berkebolehan mentadbir negara berbanding kecelaruan pembangkang.

Beliau berkata rakyat tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada pakatan yang tiada persefahaman seperti yang ditunjukkan pembangkang kerana masa depan negara ini bukan sesuatu yang boleh dipertaruhkan demi masa depan generasi akan datang.

"Kita (BN) boleh membawa kemajuan, menjamin masa depan, menyelesaikan masalah rakyat, menentukan keamanan dan membawa Malaysia berjaya, kita tidak boleh bergayut kepada pembangkang," katanya.

Dalam ucapannya yang penuh bersemangat itu, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata rakyat negara ini juga tidak boleh meletakkan masa depan mereka kepada individu berusia 91 tahun (merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad).

Najib berkata tindakan Dr Mahathir sekarang yang tidak konsisten dengan pendiriannya yang dahulu seperti seseorang yang tidak ada maruah dan prinsip.

"Kita akan lawan dia habis-habisan, penipuan dia, dia nak kata apa, katalah saya ini, 'gentleman', dia kata saya ini Idi Amin Malaysia (bekas presiden Uganda), Idi Amin Malaysia lagi popular, jawabnya apa, rakyat sudah jawab, rakyat sudah tolak Mahathir Mohamad, rakyat sudah tolak Deklarasi Rakyat, rakyat tidak mahu ini semua," katanya.

Menurutnya rakyat tidak perlukan apa yang dibawa oleh bekas perdana menteri tersebut sebaliknya mereka mahukan sebuah kerajaan yang mampu membantu mereka dan jaminan masa depan.

Mengenai kejayaan BN meningkatkan majoriti undi yang besar di Sungai Besar, Najib berkata ia adalah di luar dugaan dan jauh terpesong daripada apa yang dijangkakan ramai pihak.

"Ramai yang tidak duga, ada orang kata kita akan menang, dulu majoriti 399, ada kata kita boleh menang mungkin majoriti undi 2,000, mungkin 3,000, semalam saya beritahu saya hendak lebih daripada 5,000.

"Ada orang kata saya tamak, tak mungkin dapat, tapi Alhamdulillah Tuhan telah makbul doa kita, Tuhan beri kemenangan luar biasa, luar dugaan kepada kita, majoriti dengan angka yang cukup indah, 9,191 (di Sungai Besar)," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengundi-pengundi di Kuala Kangsar yang turut memberikan majoriti undi yang besar kepada calon BN dengan nombor yang disifatkan juga cantik iaitu 6,969.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, calon kita yang berjaya Datin Mastura (Mohd Yazid) dan semua pihak yang telah berkhidmat (di Kuala Kangsar)," katanya.

Katanya, walaupun beliau menerima pelbagai kritikan dan penghinaan, namun dengan ketabahan, Allah telah memberikan kemenangan di kedua-dua PRK itu.- Bernama


Ahad, 19 Jun 2016

Dr Rani: Kemenangan sebenar di akhirat .

Abdul Rani
Abdul Rani.


SUNGAI BESAR - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa beliau menerima segala keputusan dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar selepas memberikan yang terbaik buat parti berkenaan.

Menurut Abdul Rani, dalam al-Quran turut menyatakan bagaimana sahabat-sahabat Nabi telah dibunuh dan dicaci namun mereka dapat mencapai kemenangan di akhirat.

"Bermakna kalau kalah pun saya tak rasa apa-apa. Sebab dalam Islam kita diajar, kemenangan sebenarnya adalah di akhirat," katanya kepada pemberita.

Abdul Rani berkata, dalam mana-mana PRK, BN sememangnya akan menurunkan semua jentera kerajaan bagi menghalang parti lawan bagi memperoleh kemenangan.

"Jadi memang susah kita nak menang dalam PRK kali ini," katanya.

PRK Kawasan Parlimen diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kanon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 13(PRU13) lalu, Noriah mendapat 18,695 dengan makoriti 399 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang memperoleh 18, 296 undi.

Sabtu, 18 Jun 2016

3 petang: 65% undi di Sg Besar

MALAYSIAKINI


Sehingga jam 3 petang ini, 65 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Manakala di PRK Kuala Kangsar, 59 peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah membuat tinjauan ke pusat pegundian di SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar pada kira-kira jam 10.30 pagi.
Calon PAS, Dr Najihahtusalleh juga tiba serentak dengan Mohd Hashim.

Sementara itu di Padi Radin, Sungai Besar, calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur mengambil peluang untuk mengunjungi sekolah rendah tempat beliau belajar, SK Seri Utama.

Azhar menghabiskan masa lima tahun di sekolah itu, yang merupakan salah satu daripada 30 pusat mengundi hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah isterinya Nor'adzimah Binti Hassanuddin.

Walaupun dilahirkan di Sungai Besar, Azhar adalah pengundi berdaftar di Temerloh tetapi baru-baru ini berpindah semula ke kawasan itu.

PRK Sungai Besar: 22 Peratus Keluar Mengundi Setakat 10 Pagi

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
SUNGAI BESAR: Setelah tamat tempoh 12 hari berkempen, seramai 42,365 pengundi berdaftar layak mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Sejak pusat pengundian dibuka pukul 8 pagi Sabtu, seramai 22 peratus pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Sekinchan telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi.

Pusat pembuangan undi akan ditutup pada pukul 5 petang dan pengiraan undi akan dilakukan di Dewan Seri Bernam, di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diumumkan pada pukul 9 malam Sabtu.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Nelayan Dibebaskan Pihak Berkuasa Indonesia Buang Undi

MSTAR ONLINE
 
 
Chua selesai membuang undi di SK Seri Sekinchan. foto K K Sham/The Star
 
 
SEKINCHAN: Salah seorang nelayan yang dibebaskan daripada tahanan di Indonesia membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di SK Seri Sekinchan pada pukul 10 pagi Sabtu.

Chua Lee Teck, 46, yang baharu sahaja kembali ke kampung halamannya di Sekinchan selepas ditahan selama 101 hari berkata beliau mengundi calon yang dihargainya.

"Mereka telah membantu kami. Ia adalah masa yang sesuai untuk membalas budi mereka," katanya kepada pemberita di luar pusat pengundian di SK Seri Sekinchan.

Chua melahirkan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Namun pada masa Chua mengakui pengalaman pahit yang diharunginya sejak tiga bulan lalu menyebabkan dia keletihan.

Chua bersama dengan Heng Chee Yong, 29, ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 3 Mac lalu semasa dalam perjalanan untuk memancing.

Mereka dijatuhi hukuman penjara dua tahun empat bulan kerana didakwa mencerobohi perairan Indonesia.

Namun tempoh tahanan mereka berakhir apabila kerajaan Malaysia berjaya mendapatkan pembebasan dan pengampunan mereka daripada Presiden Indonesia Joko Widodo.

Langsung dari Sungai Besar, "tetap ada harapan", kata Ustaz Azhar kepada petugas Umno

ARIF ATAN dan DALIA ISMAIL
Sahabat lamaSahabat lama

"Tetap ada harapan", kata Ustaz Azhar ketika menyapa kumpulan petugas BN di SMK Sungai Besar,

Petugas Amanah, Pas dan BN sama ceria menyambut beliau yang kelihatan bersahaja dan mudah didekati, selalu menceriakan.

Bersama petugas AmanahBersama petugas Amanah
Petugas BN turut ceriaPetugas BN turut ceria
Calon Amanah Ustaz Azhar Datuk Shukur disambut meriah ketika melawat pusat pengundianCalon Amanah Ustaz Azhar Datuk Shukur disambut meriah ketika melawat pusat pengundian

Calon Amanah disambut meriah ketika melawat pusat-pusat pengundian di Sungai Besar pagi ini.

ACP Khalil AriffinACP Khalil Ariffin


Seramai 1,000 anggota polis ditempatkan di 30 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sungai Besar hari ini untuk mengawal pengundi-peengundi uabgcakan membuang undi sehingga petang ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Media PDRM Parlimen Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin, sejak pusat pengundian dibuka jam 8 pagi tadi tiada sebarang insiden penyokong dan pengundi dilapor berlaku.

"Pada hari ini keadaan tenang dan terkawal.

"Pihak polis sejak jam 4 pagi tadi sudah mula berkawal di kawasan PDM.

"Cuaca nampak memberangsagkan pagi ini dan diharapkan pengundi akan keluar awal," ujarnya.

Di PDM Sungai Limau seramai 50 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan di pusat pengundi di sini.

"Suka saya nasihatkan semua pengundi dan penyolong parti supaya tidak ambil tindakan di luar batas undang-undang SPR dan polis sehingga masa diumumkan jumlah undi di pusat pengumpulan undi pada malam ini," terangnya.

Pengundi berusia 107 tahun turut ambil bahagianPengundi berusia 107 tahun turut ambil bahagian

Dalam usia yang sudah menjangkau 107 tahun Asmah Kassan dari Simpang Empat Sungai Limau hadir tepat jam 9 pagi ini untuk memilih wakil rakyat yang baru di Parlimen Sungai Besar hari ini.

Asmah hadir berkerusi roda ditemani dua anak saudara dan seorang cucunya.

Ditanya perasaannya hari ini, beliau hanya menjawab,"entahla" dalam bahasa jawa yang diterjemahlan oleh cucunya Indarwati Tumadi, 44.

Calon BN membuang undiCalon BN membuang undi

Daripada tiga calon yang bertanding hari ini hanya calon BN pengundi berdaftar di Sungai Besar,

Budiman Mohd Zohdi tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau tepat jam 8.35 pagi tadi.

Beliau hadir ditemani isterinya Norma Aida, bapa Mohd Zohdi Abdullah dan ibunya Fatona Saiman.

Budiman yang membuang undi di saluran dua hari ini berkata beliau hari ini mempunyai jadual ketat sehingga petang ini untuk melawat 30 PDM di Parlimen Sungai Besar yang mempunyai dua dewan undangan negeri (Dun) Sekinchan dan Sungai Panjang.

"Jadual lawatan ke pusat pengundian agak padat hari ini di 30 PDM.

"Alhamdulillah saya dapat hadir bersama ahli keluarga di sini.

"Diharapkan semua berada dalam keadaan terkawal dan harap cuaca baik sehingga petang ini," ujarnya ringkas dalam sidang media diadakan di luar kawasan PDM pagi ini.

Pengundi Cina positif dengan petugas AmanahPengundi Cina positif dengan petugas Amanah

Pengundi Cina kelihatan cenderung memberi reaksi positif kepada kumpulan peraih undi dari Amanah dengan bertegur sapa dan berbual mesra.

Najid dan Ahmad mula bertugasNajid dan Ahmad mula bertugas

8.30 Pagi - Kumpulan penyokong Amanah, Pas dan BN tenang ketika cuba meraih perhatian di perkarangan SK Seri Utama. Kelihatan Mohd Najid (kiri) dan Ahmad memberitahu 30 orang dari unit mereka bertugas di situ.

Jamali JarutiJamali Jaruti

Pengundi paling awal yang kami temui, Jamali Jaruti, seorang guru berkata pengundi sudah matang dan hari ini akan membuat keputusan untuk menentukan ketetapan masing-masing memilih parti dan calon pilihan mereka.

Cuaca mendung namun pengundi pasukan kempen Amanah bersemangatCuaca mendung namun pengundi pasukan kempen Amanah bersemangat

8 pagi -  Cuaca sekitar Parlimen Sungai Besar mendung. Seramai 42,655 pemilih bakal membuang undi di 18 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi Dun Sungai Panjang dan 10 lagi di Sekinchan.

Pengundi beratur sebelum sewal 7.30 pagi sebelum proses pembuangan undi dimulakanPengundi beratur sebelum sewal 7.30 pagi sebelum proses pembuangan undi dimulakan

Pengundi siap sedia setengah jam lebih awal sebelum proses pengundian dimulakan

Pusat Daerah Mengundi SK Sungai Limau, calon BN dijangka akan membunag undi di sini jam 8 pagi iniPusat Daerah Mengundi SK Sungai Limau, calon BN dijangka akan membunag undi di sini jam 8 pagi ini

Kempen provokasi di masjid?

Walaupun tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar sudah berakhir tengah malam tadi tetapi nampaknya tidak bagi pihak pengurusan Masjid Jamek Makmuriah.

Sementara menantikan solat Subuh berjemaah dimulakan sebentar tadi, skrin elektronik bersebelahan mimbar masjid sempat menayangkan paparan yang dilihat berbaur provokasi.

Imej yang asalnya merupakan satu sidang media dihadiri sekumpulan Ahli Parlimen DAP diletakkan bersama ungkapan "Haram sokong pihak tolak undang-undang Islam."

Kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berserta wajahnya itu juga dinyatakan telah dipetik dari akhbar Berita Harian bertarikh 1 Jun lalu.

Sementara itu, doa Qunut Nazilah yang sunat dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah turut beberapa kali dibacakan.

Dalam perkembangan berkaitan, puluhan kertas bersaiz A4 berwarna kuning kelihatan bertaburan di bahagian luar pintu utama masjid tersebut.

Terpampang ayat "Keluarga Komunis Malaysia" dengan ungkapan "Undi Pan = Undi DAP = Undi Komunis".

Gelaran "Pan" yang sebelum ini kerap diguna pihak Umno dan Pas sebagai merujuk kepada Amanah itu menyaksikan mesej provokatif mengaitkan parti diterajui Mohamad Sabu itu dengan DAP dan komunis.

Seramai tujuh pemimpin DAP serta bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya mempunyai hubungan persaudaraan dengan bekas Setiausaha Agung dan Ketua Umum Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya melarang mana-mana pihak menaikkan sebarang bentuk medium yang menyalahi peraturan SPR.

Hari ini seramai 42,655 pemilih bakal membuang undi dengan 67.16 peratus daripada mereka merupakan pengundi Melayu manakala Cina 30.70 peratus, India 1.92 peratus serta lain-lain 0.23 peratus.

Di Sungai Besar, 42, 837 pengundi berdaftar akan membuat keputusan untuk memilih ahli parlimen mereka melalui pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur dan calon Pas, Dr Abd Rani Othman.

PRK ini diadakan berikutan kematian ahli parlimen kawasan ini, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Wartawan kami, DALIA ISMAIL dan ARIF ATAN akan membawakan kepada anda liputan lansung dari lokasi pengundian di Sungai Besar hari ini.

Hujan lebat, cat merah & Mahathir di Sg Besar

MALAYSIAKINI


RANGKUMAN Seperti biasa, Pakatan Harapan hari ini akan menutup kempen mereka tengah malam ini dengan ceramah besar-besaran di Sungai Besar.

BN bagaimanapun mungkin menggunakan pendekatan lain apabila tiada rancangan ceramah besar dibuat setakat ini.

Di hari terakhir kempen sebelum peti undi dibuka pada jam 8 pagi esok, tokoh-tokoh besar menghabiskan masa untuk memberi sentuhan akhir.

Ini termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang keluar Umno sebagai tanda protes pada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir hari ini menyertai beberapa siri penerangan dengan tokoh-tokoh Pakatan Harapan, termasuk bersolat Jumaat di sebuah masjid di kawasan itu.

Mahathir juga dilihat berkongsi kereta dengan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) Azhar Abdul Shukor.

Dalam acara di Sekinchan tengah hari ini, Mahathir mengambil kesempatan memperkecil-kecilkan peranan calon BN, yang menurutnya hanya akan menjadi penurut Najib.

“Jika mereka hanya kata, ya, ya, ya, apa gunanya,” katanya yang tampil dengan pakaian rasmi busjaket, seperti gaya biasanya ketika menjadi perdana menteri sebelum ini.

Insiden vandalisme



Beliau bergerak selepas solat Jumaat di Kampung Sungai sebelum bergerak mengikuti Azhar turun padang bertemu pemilih.

Bagaimanapun cuaca lebat membuatkan Mahathir terpaksa membatalkan rancangan itu.

Sementara itu, di hari terakhir kempen, suasana dicemari dengan insiden vandalisme apabila sekurang-kurang dua poster BN Budiman Mohd Zohdi disimbah dengan cat merah.

Ia dikesan pagi ini di jalan Sungai Besar-Sekinchan.

Kerusi parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, AMANAH dan PAS.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya memang tipis dengan majoriti undi kira-kira 400 sahaja.
Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan Kuala Kangsar esok susulan kematian penyandang-penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lalu.


Asmah, pengundi tertua di Sg Besar berusia 107 tahun

MALAYSIAKINI


Pengundi tertua yang berdaftar di Sungai Besar, Asmah Kassan, yang berusia 107 tahun, antara yang awal keluar mengundi pagi ini.

Beliau yang berkerusi roda mengundi di SK Sungai Limau.

Asmah dibantu oleh cucunya Indarwati Tumadi

Indarwati berkata neneknya itu mengundi sejak pilihan raya umum pertama selepas merdeka.

Turut mengiringi mereka adalah dua anak saudara Asmah.

Sementara itu, penduduk daerah mengundi Sekinchan Tengah dan Site B mula mengundi di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan pagi ini.

Ia merupakan pusat mengundi terbesar di Sekinchan yang mempunyai 10 saluran mengundi.

Antaranya seorang pengundi warga emas berusia 88 tahun, Chua yang berkerusi roda, dibantu oleh petugas ke salurannya untuk mengundi.

Chua memberitahu Malaysiakini beliau mengundi dalam hampir setiap pilihan raya yang menurutnya, lebih daripada sepuluh kali.

"Saya hanya ingin melaksanakan tanggungjawab rakyat untuk mengundi," katanya.


Jumaat, 17 Jun 2016

Muhyiddin turun Sungai Besar, didakwa sokong calon Amanah

HAZRI NAWAR
 
 
Muhyidin turun ke Sungai Besar dan bertemu pengundi bagi meminta mereka menyokong calon Amanah.Muhyidin turun ke Sungai Besar dan bertemu pengundi bagi meminta mereka menyokong calon Amanah.


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar hari ini dan didakwa berkempen menyokong calon Amanah Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.

Beliau dilihat bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Lawatan beliau itu sekaligus dipercayai melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.

Namun begitu, Malaysiakini pula melaporkan, Muhyidin bukan turun kempen untuk Amanah tetapi hanya berjalan-jalan sahaja.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Amanah, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Muhyidin turun ke pasar di Sungai Besar untuk bertemu pengundi. Kedatangan beliau di saat-saat akhir berkempen untuk Amanah membayangkan peluang untuk parti baru itu menang sangat tinggi.Muhyidin turun ke pasar di Sungai Besar untuk bertemu pengundi. Kedatangan beliau di saat-saat akhir berkempen untuk Amanah membayangkan peluang untuk parti baru itu menang sangat tinggi.Kedatangan Muhyidin di hari terakhir menjelang pengundian esok memberikan isyarat bahawa peluang Amanah untuk menang adalah tinggi.

"Sebagai veteran kempen pilihan raya, Muhyidin tidak turun berkempen untuk calon yang dia yakin tidak akan menang tambah-tambah di saat-saat akhir macam ini," kata seorang penganalisis politik.

Ketika berada di dalam kerajaan, Muhyidin sentiasa menjadi pengarah kempen pilihan raya BN sehinggalah beliau dipecat.

Antara tanda-tanda BN akan menang atau tidak dalam sesuatu pilihan raya adalah di mana pemimpin mereka berada.

"Jika pemimpin utama BN berada di kawasan, bermakna BN akan menang," kata beliau lagi.

Selain Muhyidin, turut berada di Sungai Besar di hari terakhir kempen ini adalah bekas perdana menteri paling lama memerintah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang sekali lagi ke Sungai Besar.

Poster Budiman disimbah cat merah

AMTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dicemari dengan insiden simbah cat melibatkan poster calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi.
 
Terdapat sekurang-kurangnya dua poster calon berkenaan disimbah dengan cat berwarna merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
 
Salah satu poster yang disimbah cat merah itu dikesan di tepi jalan di Sungai Leman berhampiran Jalan Taliair 7.
 
Petugas kempen BN yang dipetik dari Berita Harian berkata, vandalisme terhadap bahan kempen BN berleluasa sejak beberapa hari lalu apabila bendera parti dicabut dan sepanduk dikoyakkan.
 
Bagaimanapun, mereka tidak bertindak balas kerana berpegang kepada prinsip politik matang ketika berkempen.
 
 

Khamis, 16 Jun 2016

Irmohizam: 5 ahli keluar parti tak jejas semangat Umno

MALAYSIAKINI


Tindakan lima anggota Umno kawasan Sungai Besar menyertai PAS semalam langsung tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menang kerusi berkenaan, Sabtu ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata perkara itu adalah bukti kebebasan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Terpulanglah kepada mereka... yang pasti perkara tersebut tidak melemahkan semangat parti untuk melihat calon BN menang di kawasan Parlimen Sungai Besar.

"Paling penting bagi saya adalah disiplin dan perkara tersebut adalah perkara yang menjamin keutuhan dalam BN," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa LKIM bersama media di Sungai besar semalam.

Petang semalam, lima anggota Umno, termasuk bekas ketua Pemuda Umno cawangan Muara Sungai Limau, Rosli Semin mengumumkan menyertai PAS di Markas PAS Simpang Lima di Sungai Besar.

PRK Sungai Besar pada Sabtu ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Budiman dengan calon PAS yang merupakan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, manakala AMANAH mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dan kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.- Bernama

Rabu, 15 Jun 2016

Amanah sebenarnya parti pengacau

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad 
 
 
SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak adil.

“Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.

“Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini jadi tak adil kata kita pengacau.
Amanah yang pengacau,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.

Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti memilih BN.

Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.

“Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej pada BN,”katanya.

Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

“Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan mereka,”katanya.


Pengundi Sungai Besar akan pilih BN atau Amanah

 
PRK Sungai Besar
PRK Sungai Besar


SUNGAI BESAR - Pakatan Harapan mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang.

“Oleh itu, setiap undi untuk Pas adalah undi yang dipersia-siakan kerana tidak mungkin undi untuk Pas akan menyumbang ke arah mengalahkan BN,” katanya pada Sidang Media di Pejabat Amanah Sungai Besar.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kemenangan Pakatan Harapan di Parlimen itu boleh tercapai sekiranya semua undi pembangkang dapat ditumpukan kepada calon Pakatan Harapan yang diwakili Amanah.

Beliau turut mempersoalkan sikap dan pendirian Pas terhadap BN yang dilihat tidak konsisten sama ada parti itu ingin menjalin kerjasama dengan BN atau pun sebaliknya.

“Kenyataan (Ketua Pemuda Pas) Nik Abduh (Aziz Nik Abdul Aziz) adalah bukti sikap berdolak-dalik ini. Atas sikap berdolak-dalik ini Pakatan Harapan meminta pengundi untuk lupakan Pas pada PRK ini,” katanya.

Beliau memberitahu, PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi peluang untuk rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Keputusan dua pilihan raya kecil ini tidak akan ada kesan terhadap kedudukan BN sebagai kerajaan di Putrajaya. Najib perlu diberitahu bahawa rakyat sedang marah dengan dasar-dasar kerajaan yang membebankan rakyat.

“Maka kekalahan calon Najib dan calon (Datin Seri) Rosmah (Mansor) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyebabkan Najib dan pentadbirannya memikirkan kembali dasar-dasar menindas rakyat yang telah dan sedang mereka laksanakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kemenangan BN dianggap sebagai ‘lampu hijau’ kepada pentadbiran Najib terus membudayakan penyelewengan dan rasuah kerana mereka tetap mendapat sokongan daripada rakyat.

“Jika mereka menang, kita bimbang mereka akan merumuskan bahawa rakyat tetap menyokong BN walau apa cara mereka lakukan kepada rakyat,” katanya.

Ditanya tentang kenyataan Nik Abduh yang menyindir parti yang diandaikan seperti ‘gila talak’, Khalid menjelaskan Pas mesti cermin diri terlebih dahulu dan mereka tidak seharusnya menyalahkan Amanah dalam perkara berkenaan.

“Kalau sekiranya wujud tanggapan bahawa Pas bekerjasama dengan Umno itu bukanlah salah kami. Kenapa tanggapan itu wujud, cermin diri.

“Kenyataan-kenyataan mereka ini memberikan gambaran seolah-olah begitu..kita tak cakap apa-apa,” katanya.


Selasa, 14 Jun 2016

Azmin jawab persoalan tidak turun kempen di PRK Sungai Besar

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
 
Azmin jawab persoalan tidak turun kempen di PRK Sungai Besar
Azmin ulang sokongan terhadap calon Amanah, dan doakan yang terbaik untuk calon PAS.
 
 
SUNGAI BESAR: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau tidak turun berkempen di Sungai Besar kerana tidak 'merestui' calon Parti Amanah Negara (Amanah).

"Di bulan Ramadan ini, terdapat banyak acara berbuka puasa melibatkan Tuanku.

"Sebagai Menteri Besar, saya harus mengiringi baginda," jelas Azmin.

Tambahnya, tidak harus timbul kemusykilan, sokongannya terhadap Azhar Abdul Shukur, calon  Amanah.

"Saya ulangi sokongan saya terhadap calon Amanah.

"Namun, saya tetap doakan yang terbaik untuk Dr Rani (calon PAS) sebagai sahabat dalam kerajaan di Selangor dalam perjuangannya," kata Azmin dalam ucapannya sempena Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang, kelolaan Amanah.

Turut hadir, calon PAS bagi PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman.
Dakwaan terhadap Azmin dibuat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang membangkitkan ketiadaan Azmin ketika kempen pilihan raya di Sungai Besar. 
 
 

Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah

Hafiz Marzukhi, Astro Awani
 
Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah
ABDUL RANI: Tiada masalah untuk saya berada di sini.
 
 
SUNGAI BESAR: Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman membuat kejutan dengan menghadirkan diri di majlis berbuka puasa yang  dianjurkan bagi tujuan berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (Amanah).

"Tiada masalah untuk saya berada di sini.

"Datuk Seri Azmin adalah Menteri Besar saya juga," kata Dr Abdul Rani, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru.

Beliau disambut secara sopan dan diberikan tempat di meja utama untuk berbuka puasa.

Acara ini dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Apabila ditanya untuk memberi komen tentang kehadiran Dr Abdul Rani, Azmin enggan mengulas lanjut.

"Tunggulah lepas berbuka puasa," kata beliau sambil tersenyum.
Acara tersebut masih lagi berlangsung. 
 
 

Azmin sokong AMANAH, doakan PAS berjaya

 
"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya," kata Azmin



Azmin-Ali_selangor_talk


SUNGAI BESAR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil di Sungai Besar malam tadi dan menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.

Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR sepanjang tempoh berkempen setakat ini mengundang pelbagai tanda-tanya dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kritikan.

Tidak terhenti di situ, Azmin turut mengambil peluang menemukan Azhar dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam satu majlis berbuka puasa.

Kepada jaguh PAS untuk PRK Sungai Besar, Azmin mengucapkan semoga berjaya dalam pilihan raya kali ini.

“Sahabat saya Rani jangan bersedih…kita sahabat dalam DUN. Beliau banyak beri sokongan pada dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008.

“Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya. Kita kena runtuhkan Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik,” kata Azmin disambut tepukan gemuruh hadirin.

Rani dalam ucapannya selepas itu berkata beliau menyambut pelawaan Azmin ke majlis berbuka puasa ini atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.

Azmin sebelum ini dilaporkan tersepit antara AMANAH, yang merupakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR, dan PAS, iaitu komponen penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ini merupakan kali pertama Azmin turun membantu kempen Pakatan Harapan. Sebelum ini, beliau hanya turun pada sesi penamaan calon.

“Saya akan datang lagi pada hari Jumaat di Sungai Besar dan Khamis di Kuala Kangsar,” katanya.

Azmin sempat menjawab kritikan yang dilontarkan ekoran ketidakhadiran beliau di lapangan kempen.

“Sebelum ini Khairy Jamaluddin tanya saya mana Azmin Ali: Dia tidak datang maknanya dia tak sokong Amanah dan Pakatan Rakyat.

“Ini pemikiran UMNO, saya tidak payah pulun untuk kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PKR. Ini cara UMNO. Bila ada PRK baru hendak turun bantu orang kampung dan rakyat desa,” jawab Azmin.

Undi awal: Sakit bukan penghalang

Undi awal: Sakit bukan penghalang
Zainal Abidin Jaafar


SUNGAI BESAR - Walaupun pergerakkannya terbatas di atas kerusi roda, namun seorang anggota polis berpangkat koperal tidak  ketinggalan menjalankan tanggungjawabnya untuk membuang undi awal di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sabak Bernam di sini, sebentar tadi.

Zainal Abidin Jaafar, 54 tahun, terpaksa berkerusi roda kerana mengalami masalah terseliuh pada kaki kirinya selepas jatuh di rumahnya semalam.

“Saya jatuh dalam bilik semasa hendak menunaikan solat Asar di rumah saya semalam,” katanya ketika ditemui di pusat pembuangan undi awal, di sini, hari ini.

Katanya, keadaannya semakin sukar untuk berjalan kerana dia adalah penghidap penyakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis.

“Saya sedang menjalani rawatan dialisis jadi selepas jatuh badan saya masih lemah dan tidak berapa kuat untuk bergerak sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Zainal berkata, dia bangga kerana dapat membuang undi walaupun terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

“Saya datang ke pusat pembuangan undi seawal jam 8 pagi dan saya merasa bangga sebab dapat tunaikan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Zainal yang ditemani isterinya, Norkhairini Abdullah, 45 tahun sudah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 35 tahun.

Dia kini ditempatkan di bawah Jabatan Siasatan  Jenayah Narkotik (JSJN) di IPD Sabak Bernam lebih kurang 11 tahun.

Bagaimanapun, doktor menasihatkannya dia mebuat kerja ringan kerana masalah penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak lima tahun.


PRK Sg Besar: Budiman mahu nyanyi lagu Tamil jika menang

MALAYSIAKINI


Calon BN, Budiman Mohd Zohdi berjanji untuk menyanyikan lagu Tamil jika pengundi berbangsa India memberi undi mereka kepadanya pada 18 Jun ini.

“Jika anda undi saya, saya akan menyanyi semasa Deepavali," kata Budiman secara berseloroh dalam perjumpaan dengan usahawan India di Sungai Besar.

Pada masa yang sama, ahli dewan undangan negeri Sungai Panjang itu turut berjanji akan mengambil seorang pegawai khas berbangsa India jika menang nanti untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat itu.

Sementara itu, di pihak pakatan pembangkang, ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat menyampaikan hadiah cabutan bertuah dalam usaha memenangi hati rakyat kawasan itu.

Ramai di kalangan pemenang adalah kanak-kanak yang membawa pulang seterika dan pengisar serta banyak lagi peralatan elektrik lain.

Wan Azizah kemudian memberikan ucapan dengan jenaka tentang beliau belajar mengira dalam bahasa Tamil dan bagaimana dia belajar membuat ubi bengkang dengan baik.

"Orang ini (Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh) telah makan dan masih hidup, jadi mestilah baik," katanya secara berjenaka, sebelum terus meminta pengundi memilih calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur.

286 Layak Undi Awal Di Sungai Besar

MSTAR ONLINE
 
 
Anggota polis beratur sementara menunggu giliran membuang undi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil Sungai Besar pada pagi Selasa.
 
 
 
SUNGAI BESAR: Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 286 anggota polis dan pasangan masing-masing, berlangsung di dua tempat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam di sini, Selasa.

Dua tempat mengundi berkenaan ialah di Bilik Cawangan Latihan/Sukan bagi pengundi awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1 bagi pengundi awal DUN Sekinchan.

Pusat pengundian awal dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang bagi DUN Sungai Panjang manakala bagi DUN Sekinchan, ia dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang.

Proses pengundian awal disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa seramai 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4) kerana berada di luar negara.

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon PAS yang juga Adun Meru Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun. - BERNAMA