Sabtu, 18 Jun 2016

Asmah, pengundi tertua di Sg Besar berusia 107 tahun

MALAYSIAKINI


Pengundi tertua yang berdaftar di Sungai Besar, Asmah Kassan, yang berusia 107 tahun, antara yang awal keluar mengundi pagi ini.

Beliau yang berkerusi roda mengundi di SK Sungai Limau.

Asmah dibantu oleh cucunya Indarwati Tumadi

Indarwati berkata neneknya itu mengundi sejak pilihan raya umum pertama selepas merdeka.

Turut mengiringi mereka adalah dua anak saudara Asmah.

Sementara itu, penduduk daerah mengundi Sekinchan Tengah dan Site B mula mengundi di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan pagi ini.

Ia merupakan pusat mengundi terbesar di Sekinchan yang mempunyai 10 saluran mengundi.

Antaranya seorang pengundi warga emas berusia 88 tahun, Chua yang berkerusi roda, dibantu oleh petugas ke salurannya untuk mengundi.

Chua memberitahu Malaysiakini beliau mengundi dalam hampir setiap pilihan raya yang menurutnya, lebih daripada sepuluh kali.

"Saya hanya ingin melaksanakan tanggungjawab rakyat untuk mengundi," katanya.


Tiada ulasan: