Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi hari ini mengumumkan
keluar daripada PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti
tersebut.
Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa dan Timbalan
Speaker DUN Selangor berkata, dia meninggalkan parti itu kerana tidak
mempercayai kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR.
“Saya mengumumkan hari ini perletakan jawatan saya sebagai Ketua Wanita PKR Selangor berkuatkuasa parti ini 13 Jun 2020.
“Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya
kepada Presiden dan pimpinan parti tentang hala tuju dan idealisme
perjuangan parti ini.
“Hala tuju parti kini lebih kepada perpecahan dan pentaksubnya juga gagal menjalankan amanah yang diberi,” katanya lagi.
Daroyah berkata, ketika ini beliau akan menjadi ADUN Bebas dan mesra kepada kerajaan hari ini.
Dr Daroyah turut disertai 13 lagi pimpinan Wanita Keadilan Selangor yang juga bertindak meninggalkan PKR hari ini.
“Pimpinan Wanita Selangor yang bersama saya petang ini terdiri
daripada Ahli-ahli Majlis Pimpinan Keadilan Selangor, Ketua-ketua Wanita
Cabang, Ahli-ahli Majlis Berkuasa Tempatan, serta pelbagai pimpinan
akar umbi.
“Kami berasa amat terkesan apabila rakan-rakan pimpinan dan
seperjuangan di segenap lapisan yang selama 21 tahun ini jerih-perih
berjuang bersama dengan keringat dan air mata demi mengangkat idealisma
Keadilan, sewenang-wenangnya dikenakan tindakan hanya kerana perbezaan
pendapat,” katanya lagi.
Daroyah sebelum ini dilihat merupakan antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohamad Ali.
Dalam satu kenyataan media pada 7 Mac lalu Daroyah menyeru agar ahli-ahli PKR bersatu padu.
“Membujur lalu melintang patah, saya mengumumkan pendirian untuk
terus komited dan kekal setia memperjuangkan idealisme perjuangan
reformasi bersama PKR,” katanya pada waktu itu-
SM