Rabu, 15 September 2021

Tumpahan bahan kimia: Puluhan penduduk sesak nafas

JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kulai, di sini, gempar berikutan puluhan penduduk mendapat simptom sesak nafas, loya dan hampir pitam berikutan menghidu bau busuk, malam tadi.

Ia disusuli dua wanita masing-masing berusia 20 dan 40 tahun tiba-tiba pengsan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Hasil ujian peringkat awal pihak Hazamat mengesyaki tumpahan iaitu methyal alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan kepekatan 120 ppm., yang berlaku di anak sungai di Kampung Baru Sri Aman, Seelong. - Foto Ihsan BOMBA
Hasil ujian peringkat awal pihak Hazamat mengesyaki tumpahan 
iaitu methyal alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan 
kepekatan 120 ppm., yang berlaku di anak sungai di Kampung 
Baru Sri Aman, Seelong. - Foto Ihsan BOMBA

BEBERAPA Anggota Hazamat melakukan siasatan susulan tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai sehingga menyebabkan dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman masing-masing. - Foto BERNAMA
BEBERAPA Anggota Hazamat melakukan siasatan susulan 
tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai 
sehingga menyebabkan dua wanita sesak nafas manakala 
segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, 
dekat sini, keluar dari kediaman masing-masing. - Foto 
BERNAMA

Penduduk kampung, Hafiz Badrul Hisham, 37, berkata bau kuat seakan-akan petrol mula dikesan sejak 8.30 malam menyebabkan ada yang tidak selesa dan berasa loya.

"Pada kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di luar rumah, secara tiba-tiba saya terhidu bau tidak menyenangkan yang menyebabkan sesak nafas.

"Saya tergerak hati cuba mencari puncanya sama ada datang dari stesen minyak berhampiran.

"Namun bau itu makin lama makin kuat. Ketika itu, saya lihat ramai jiran sudah keluar mungkin terganggu bau itu.

Rozyna Ahmad, 47, menerima bantuan oksigen daripada bomba ekoran sesak nafas dalam kejadian pencemaran kimia di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, malam tadi. - Foto ihsan penduduk
Rozyna Ahmad, 47, menerima bantuan oksigen daripada bomba 
ekoran sesak nafas dalam kejadian pencemaran kimia di Kampung 
Baru Sri Aman, Seelong, malam tadi. - Foto ihsan penduduk

"Saya ternampak seorang wanita batuk sebelum pengsan. Saya terus beri bantuan dengan membawa masuk ke dalam rumah sementara tunggu bomba sampai," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan dua penduduk pengsan, manakala lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan, selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia daripada sungai berhampiran kampung itu.

Sehubungan itu, arahan pengosongan kampung dibuat dengan 102 penduduk terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru

Tiada ulasan: