Jumaat, 24 September 2021

Tolak vaksin: Tak tahu berenang tapi nak terjun lombong

Gambar hiasan

Dalam ICU Covid kami hari ini:

Kesemua pesakit adalah penolak vaksin atau ahli keluarga mereka. Kecuali seorang pesakit yang hanya sempat menerima 1 dos vaksin.

Hanya dia saja yang tak perlukan bantuan mesin pernafasan. Baik sangat orangnya. Ikut kata dan selalu ucap terima kasih pada kami.

Yang lain, malas nak cerita. Perlu kesabaran yang tinggi untuk menguruskan mereka dan ahli keluarga mereka.

Majoriti pesakit tolak vaksin dengan alasan “own preference” atau pilihan sendiri.

Kami tiada masalah dengan orang yang ada pilihan sendiri.

Jika melibatkan warna pakaian kegemaran. Atau pilihan jenis kenderaan. Atau pilihan makanan.

Suka hati lah nak pilih apa pun. Asal tak menganggu sesiapa.

Ini ibarat orang yang pilih nak terjun lombong berbanding mandi di rumah.

Masalahnya dia tak reti berenang dan tak mahu guna pelampung.

Tapi dia demand semua orang standby untuk selamatkan dia jikalau dia lemas.

Begitulah ibaratnya.

Jadi, bila agaknya servis hospital boleh diberikan kepada kes bukan Covid, jika masih ramai nak memperjuangkan ‘pilihan sendiri’ tolak vaksin dan kemudiannya memenuhkan hospital?

Tuhan pun hanya tolong mereka yang nak bantu diri sendiri.  AGENDA DAILY

(*) Hana Hadzrami
Doktor barisan hadapan

Tiada ulasan: