Khamis, 16 September 2021

Tabika, taska dibenarkan operasi di negeri Fasa 1, 2

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
 
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Ibu bapa boleh menarik nafas lega selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik membenarkan operasi tabika, taska, pusat jagaan harian dan pusat perkembangan minda di negeri Fasa 1 dan 2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi pusat-pusat berkenaan dibenarkan bagi anak-anak yang ibu bapanya perlu masuk bekerja.

“Operator dan pekerja di pusat-pusat tersebut juga perlu menerima vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan beroperasi.

“Selain itu, institut latihan sektor pengangkutan udara dan darat juga dibenarkan di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan kelonggaran baharu sektor sosial serta pendidikan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut membenarkan aktiviti kolam memancing di negeri Fasa 1 dan 2 dengan mematuhi syarat vaksinasi lengkap berdasarkan beberapa ketetapan.

“Bagi negeri Fasa 1, operasi kolam memancing dalan daerah sama bermula pukul 6 pagi hingga 8 malam selain pukul 6 pagi hingga 10 malam di negeri sama bagi kategori Fasa 2,” jelasnya. -K! ONLINE

Tiada ulasan: