Khamis, 16 September 2021

Lelaki dakwa rakam formasi UFO di kawasan rumah

 Oleh KOSMO!

Rakaman formasi cahaya jingga (dalam bulatan) yang didakwa UFO di kawasan perumahan di Baltimore. - PENN News

BALTIMORE, Maryland – Seorang lelaki di Maryland, Amerika Syarikat terkejut apabila melihat cahaya berwarna jingga berkedipan dalam satu corak aneh di ruangan langit kawasan rumahnya, baru-baru ini.

Menerusi laporan akhbar Daily Star kelmarin, kejadian itu disedari ketika Symkai Scott baru pulang dari kerja pada waktu malam.

Scott sempat merakam insiden pelik itu dan memuat naik video di media sosial bagi meminta pendapat orang ramai tentang kemungkinan cahaya tersebut adalah objek terbang tidak dikenali (UFO).

Cahaya objek berwarna oren yang dirakam Scott. – PENN News

“Apakah benda ini? Ia sangat jelas kelihatan terutamanya jika diperhatikan di bawah sinaran lampu jalan.

“Tidak mungkin objek itu adalah helikopter atau dron kerana ia mengeluarkan bunyi bising sedangkan cahaya itu senyap sahaja,” ujar Scott.

Rakaman itu menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut menyokong dakwaan Scott bahawa objek itu adalah UFO.

“Saya menerima komen bahawa ada yang turut menyaksikan formasi cahaya serupa di California, Scotland dan Arizona,” tambah Scott. – Agensi

Tiada ulasan: