Ahad, 12 September 2021

Sekolah dibuka semula mengikut fasa PPN, guna sistem giliran bermula 3 Oktober

 MALAYSIA NOW

Murid akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan dengan sistem giliran.

Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) berkata pembukaan semula sekolah di seluruh negara akan dilaksanakan berdasarkan fasa-fasa yang telah ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sistem giliran di mana pelajar bagi setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi menjalani sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober depan.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata keputusan tersebut diambil selepas penelitian KPM yang mendapati penting untuk memastikan pelajar tidak terlalu lama berada di rumah tanpa menjalani sesi persekolahan.

“Mereka telah renggang ke sekolah untuk satu tempoh yang panjang, jadi kita mesti kembalikan mereka ke sekolah dahulu,” katanya hari ini.

Beliau berkata langkah untuk membahagikan pelajar tersebut adalah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dapat dilaksanakan secara berkesan selepas mempertimbangkan masalah-masalah yang dihadapi sekolah pada sesi terdahulu.

Bagaimanapun, beliau berkata sistem giliran tersebut tidak dilaksanakan di sekolah berasrama.

Sementara itu, sekolah-sekolah di negeri-negeri yang masih di Fasa Satu dan Dua PPN akan kekal ditutup dan meneruskan sesi pembelajaran di rumah.

Tiada ulasan: