Khamis, 23 September 2021

Proses permohonan ekstradisi Sajat masih berjalan, kata Bukit Aman

facebook sharing button
twitter sharing button
whatsapp sharing button
Nur Sajat dikehendaki di negara ini atas beberapa kesalahan jenayah antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan menghalang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Proses permohonan ekstradisi usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat masih berjalan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, berkata proses itu melibatkan Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand masih dipergiat.

“Ya ia masih berjalan dan permohonan itu merupakan sebahagian daripada prosesnya,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau mengulas dakwaan pihak berkuasa Thailand kononnya tidak menerima sebarang permohonan ekstradisi Muhammad Sajjad, 36, yang kini ditahan pihak Imigresen Thailand kerana memiliki pasport tidak sah.

Muhammad Sajjad dikehendaki di negara ini atas beberapa kesalahan jenayah antaranya menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan dan halang penjawat awam menjalankan kewajipan selain kes penipuan pertukaran nama dan jantina.

Dia turut dikehendaki selepas waran tangkapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan kerana berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor

Tiada ulasan: