Selasa, 21 September 2021

PKPD di Kampung Dusun Pak Senam disambung 14 hari

 Oleh AMREE AHMAD

 

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dusun Pak Senam, Kuala Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok disambung 14 hari lagi.

Kampung tersebut dikenakan PKPD bermula 8 September lalu.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lanjutan sehingga 5 Oktober depan itu susulan lonjakan sehingga 222 kes sehingga semalam di perkampungan masyarakat Orang Asli dari kalangan suku kaum Semai tersebut.

“Kluster komuniti itu berpunca daripada kes indeks seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang bergejala sejak 29 Ogos sebelum disahkan positif Covid-19 pada 2 September lalu.

“Hanya satu lokaliti yang bakal dilaksanakan PKPD bermula 22 September ini iaitu Kampung Garib dalam Daerah Matunggong, Bahagian Kudat di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: