Selasa, 14 September 2021

Pekerja binaan maut dihempap besi

PORT DICKSON: Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut dihempap besi perancah di tapak projek pelupusan sampah di Tanah Merah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu mangsa Shonamoni Ghosh, 38, yang tidak sedarkan diri dibawa ke Klinik Kesihatan Lukut untuk pemeriksaan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan.

“Siasatan awal di aras lapan di tapak projek mendapati lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihempap besi ‘scaffolding’ yang mempunyai muatan ‘metal deck’.

“Hasil ujian swab pertama dijalankan ke atas lelaki berkenaan adalah negatif,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan tiada unsur jenayah selain kejadian terbabit dilaporkan sebagai kemalangan di tempat kerja.

Aidi Sham berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tiada ulasan: