HULU SELANGOR: Lelaki yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, ditemukan lemas, hari ini.
Mayat Hamzah Ilya Azman, 19, ditemui pada 6.02 petang tadi, kira-kira tiga meter dari tebing sungai.
Mangsa dikatakan cuba menyelamatkan rakannya, Ahmad Nabil Yasin Abdul Rashih, 20, yang tergelincir ketika berswafoto.
Bagaimanapun, Ahmad Nabil Yasin berjaya menyelamatkan diri namun Hamzah Ilya yang terjun mahu membantu rakannya tidak timbul.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata rakan mangsa sempat menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Katanya, gerakan mencari dan menyelamat dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.54 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan