Isnin, 20 September 2021

Kebenaran rentas negeri diumum dalam tempoh terdekat

 Oleh ZULKIFLI MANZOR

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kebenaran rentas negeri penting sebagai langkah memulihkan industri pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk tujuan itu.

Menurut beliau, pengumuman mengenai hasil perbincangan kebenaran rentas negeri akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Apabila rentas negeri dibuka orang luar boleh masuk (ke negeri lain). Kementerian telah senaraikan nama-nama destinasi.

“Bukan sahaja pulau, termasuk kawasan darat seperti Genting Highland, Cameron Highland, Fraser Hill dan lain-lain destinasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Muda, Syed Saddiq berhubung gelembung pelancongan di destinasi selain Langkawi. – K! ONLINE

Tiada ulasan: