Ahad, 12 September 2021

Buaya muncul di Pulau Jerejak?

Oleh SAFINA RAMLI
SEEKOR buaya didakwa muncul di atas batu di kawasan Pulau Jerejak, Pulau Pinang yang dirakam oleh pemancing.

GEORGETOWN: Kelibat seekor buaya didakwa muncul di atas batu di kawasan Pulau Jerejak, di sini.

Bagaimanapun, menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, waktu kejadian berkenaan tidak dinyatakan oleh individu yang merakam kelibat buaya tersebut.

Rakaman video selama 14 saat berkenaan dipercayai dirakam oleh seorang pemancing yang ternampak buaya tersebut berjemur di atas batu.

Menerusi rakaman itu, kelihatan buaya bersaiz sederhana berkenaan dilihat sedang berjemur di atas batu dalam keadaan mulutnya ternganga. 

Buaya tersebut didakwa ditemui di kawasan yang dikenali sebagai Batu Belah dalam kalangan pemancing dan nelayan. – UTUSAN

Tiada ulasan: