Kerajaan akan kenakan tindakan lebih tegas terhadap mereka yang terbabit
KOTA BHARU – Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dalam kegiatan haram ‘sugar daddy’, kata Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, dakwaan kegiatan tidak bermoral itu termasuk aplikasi Sugarbook, yang membabitkan peningkatan jumlah mahasiswa adalah sangat mendukacitakan.
Justeru, katanya, aplikasi berkenaan perlu dihalang daripada digunakan di negara kita.
“Saya sudah sebut bahawa pihak kerajaan akan mengenakan tindakan yang lebih keras dan tegas terhadap mereka yang terbabit termasuk aplikasi itu.
“Kita tak boleh mendorong rakyat dalam negara kita untuk melakukan perkara yang tidak betul, melanggar undang-undang dan hukum ini dengan adanya aplikasi berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Pendedahan mengenai pembabitan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia ke kancah hubungan sosial ‘sugar baby-sugar daddy’ baru-baru ini begitu mengejutkan dan mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ini selepas platform temu janji ‘sugar daddy’ terbesar di Asia, Sugarbook melaporkan peningkatan 40 peratus pelajar mendaftar untuk menjadi ‘sugar baby’ sejak Januari, kononnya atas alasan krisis kewangan yang dialami.
Platform itu turut mendedahkan senarai ‘top 10’ universiti ‘sugar baby’ di Malaysia, termasuk dua universiti awam, membabitkan 12,705 pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan