Khamis, 4 Februari 2021

Kerajaan gagal selamatkan PKS gulung tikar, dakwa DPIM.

MGF22012021_KEDAI-MAKAN-BANKRUP-1
Pemilik kedai makan, Ahmad Syafiq Ahmad Razali, 31 (kanan) bersama isterinya, Elvyana, 29, terpaksa menutup kedainya akibat tidak mampu menampung kerugian setelah kekurangan pelanggan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) melahirkan rasa kecewa dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang memberikan lebih banyak impak negatif kepada golongan usahawan dan peniaga.

Setiausaha Agungnya, Datuk Khairul Shahril Hamzah berkata, pendekatan kerajaan sedia ada didakwa masih gagal menyelamatkan usahawan, khususnya dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Masih terdapat beberapa sektor lain khususnya sektor sosial dan pelancongan tidak dibenarkan sama sekali untuk beroperasi dalam tempoh ini dan kini sedang berhadapan dengan situasi genting yang boleh menyebabkan penutupan operasi perniagaan.

“DPIM pernah memberi cadangan lanjutan moratorium tanpa syarat minimum selama tiga bulan demi kelangsungan operasi PKS.

“Namun, cadangan tersebut tidak ambil peduli oleh Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

IMG-20210204-WA0006

Sejak pelaksanaan PKP 2.0 ini, DPIM juga masih belum menerima sebarang panggilan daripada mana-mana kementerian bagi membincangkan isu yang dihadapi oleh PKS demi menghadapi pandemik Covid-19 ini.

“Sehingga kini, DPIM tidak henti menerima keluhan daripada usahawan terutama daripada sektor sosial dan pelancongan yang terpaksa menutup operasi sepanjang PKP dijalankan.

Tiada ulasan: