Bernama
Marzuk menasihatkan umat Islam supaya tidak terkeliru sehingga
meminggirkan rawatan kaedah saintifik dan moden. - Gambar fail
TUMPAT:
Umat Islam disaran supaya tidak meminggirkan rawatan perubatan
saintifik secara moden dalam melakukan rawatan Islam sebagai usaha
merawat pesakit COVID-19.
Timbalan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk
Shaary berkata, alternatif rawatan secara Islam boleh digunakan.
Justeru,
umat Islam dinasihatkan supaya jangan terkeliru sehingga meminggirkan
rawatan kaedah saintifik dan moden kerana rawatan tambahan seperti doa
dan bacaan rukyah dibolehkan berdasarkan pembuktian.
"Jadi
apa yang kita buat di hospital ini adalah berdasarkan bukti, ada virus,
ada vaksin, kita makan ubat itu berlandaskan bukti," katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Musaadah COVID-19
Jakim-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Hospital Tumpat, di sini, pada
Isnin.
Terdahulu,
media melaporkan Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan
Kesihatan, Hilmi Abdullah, mencadangkan selain rawatan moden, perubatan
secara Islam juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk
dipertimbangkan oleh kerajaan dalam usaha merawat pesakit COVID-19.
Dalam
perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata pihaknya juga sentiasa menyemak
dari semasa ke semasa status penurunan kes COVID-19 untuk memperbaharui
prosedur operasi standard (SOP) mengenai jumlah jemaah ke masjid.
"Kita
tidak kekal kepada satu SOP dari dulu hingga sekarang, kalau kes
menurun kita akan benarkan jumlah jemaah bertambah mengikut keadaan.
Namun sekarang kita terpaksa ketatkan balik memandangkan jumlah kes
COVID-19 semakin meningkat," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan