Autisme, bukan perkara asing dalam masyarakat hari ini, namun bukan juga bererti masyarakat cakna akan apa yang berlaku kepada pengidapnya.
Secara umum, autisme merupakan masalah perkembangan kompleks yang melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu kerana kemahiran berkomunikasi, pemencilan diri, keinginan yang terhad terhadap sesuatu dan tingkah laku tidak wajar yang berulang.
Dan bagi memudahkan pemahaman, Deanna Chee menerusi laman Autisme Malaysia berkongsi secara terperinci apa yang dirasakan kanak-kanak autisme dalam setiap tingkah laku mereka.
1. Saya sukar berkomunikasi dengan baik dan kurang memahami ‘body language’.
Ada di antara kami yang sukar berkawan dan tidak tahu sensitiviti orang lain. Apa yang terjadi ialah, kawan-kawan pergi dan tinggalkan kami kerana mereka tidak menyukai. Orang lain menganggap kami nakal sedangkan kami tidak memahami dan mengenalpasti kesalahan yang sudah dilakukan.
2. Saya sukar memahami perasaan orang lain. Sila jangan beritahu perasaan marah, kecewa, suka, sakit hati ataupun apa saja secara berkias.
Tolonglah.
Manusia autism tidak faham apa itu kias dan ‘reverse psycho’.
Perbuatan kias, sindir, perli ataupun ‘reverse psycho’ ini adalah hukuman buat seorang autistik kerana akan salah anggap.
3. Jangan hukum kami jikalau tiba-tiba tantrum. Perbuatan ini berlaku tanpa sedar. Ia hanyalah cara memberitahu emosi dan amarah yang tidak dapat dibendung.
Sentuhlah dan pujuklah dengan kelembutan. ‘Human touch’ ialah sangat berkesan.
4. Saya suka berada dalam ‘dunia’ sendiri. Kadangkala akan merasa sakit hati dan marah-marah apabila rutin serta persekitaran digubah secara tiba-tiba.
Kenapa?
Kerana saya tak suka perubahan mendadak sama ada yang kecil dan besar. Ia adalah sesuatu ‘penyiksaan’ untuk menerima rutin baharu.
Susah benar mahu memberitahu orang lain untuk tidak bersalah sangka. Yang pasti, saya akan jadi ‘tantrum’ dan adakalanya ‘melarikan’ diri dari semua orang.
5. Saya suka melukis. Terlalu suka sehingga akan marah-marah apabila dilarang berbuat demikian ketika sakit ataupun letih. Melukis ialah terapi. Melukis ialah cara meluahkan emosi dan menyampaikan hasrat.
Manusia autism mempunyai minat dan kebolehan yang terhad maka apabila kanak-kanak autism mempunyai minat terhadap sesuatu yang baik, sokong dan bantulah mereka.
6. Autistik ialah seorang yang sukar menerima arahan dengan tepat. Saya juga lebih suka membuat pilihan sendiri.
“Kepala angin dan suka ikut sesedap rasa!”
Ya. Saya tak suka didesak dan mudah rasa terancam. Apabila rasa terancam, tindakan sudah jadi tidak betul dan melulu.
7. Dalam persahabatan ataupun hubungan dengan orang lain, manusia autistik juga sukar menapis yang baik dan buruk.
Jangan hairan, saya juga pernah ditipu oleh manusia yang meluahkan kesusahan di media sosial.
“Anak saya tak makan dan saya diceraikan suami. Boleh tak beri saya pinjam duit seribu ringgit?”
Ya. Saya sukar memahami cara orang menipu. Autistik bukan manusia super power.
8. Saya suka bertanya soalan dan memberitahu hal yang sama berulang-ulang. Setiap juga suka bercerita hal yang sama. Banyak tulisan saya di Facebook ialah sejarah hidup dan ia ditulis berulang kali.
Manusia autistik ialah echolalia.
Jikalau kalian hendak tahu, manusia autism suka berbuat hal yang sama seperti pakai baju warna yng disukai selalu, makan dengan pinggan sama dan suka bermain dengan toys yang sama walaupun sudah buruk ataupun rosak.
Saya suka memakai warna biru dan hitam.
9. Autistik juga taknak kalah dalam melakukan kerja. Mesti nak nombor satu. Mesti lakukan sampai siap.
Jika tak tahu buat sesuatu atas arahan, gagal dan kalah maka akan tantrum dan kecewa.
Manusi autism sukar nak move on dengan cepat apabila gagal.
Anak-anak kalian juga begitu, kan?
10. Apa yang anak-anak autistik kalian obseskan?
Saya obses dengan bulan. Setiap bulan pasti ada hari yang saya tunggu dan bertanyakan famili, “Bila full moon?”
Autistik ialah manusia yang terlalu obses dengan sesuatu. Ia boleh dilarang jikalau agak merbahaya namun menjadi tugasan yang paling berat buat parents iaitu memberi alasan yang kukuh kenapa dan mengapa ia tidak boleh dilakukan.
Sumber : Deanna Chee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan