Pastinya bengkang buah kelapa sawit masih asing dalam pendengaran kita. Jarang dibuat tetapi rasanya cukup enak. Resipi peninggalan nenek moyang ini juga mudah disediakan.
Terima kasih Aishah Yap atas perkongsian resipi.
Bahan :
25 biji buah kelapa sawit
2 liter Air
2 cawan Tepung gandum
1 cawan Tepung beras
1 1/2 cawan Gula (terpulang, ikut manis masing-masing)
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Esen vanilla
Cara :
1. Rebus buah sawit dengan dua liter air sehingga buah empuk. Kalau air kurang, tambahkan air.
2. Apabila sudah empuk, lenyekkan buah dan tapis.
3. Selepas itu masukkan semua tepung bersama garam, gula dan esen vanilla.
4. Kacau dengan api perlahan sehingga adunan agak memekat.
5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 200c menggunakan api atas bawah selama sejam.
6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
(*) Sumber : Aishah Yap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan