Nazrin Hamdan
Keadaan banjir di kawasan Tebakang, Serian ketika tinjauan pada Khamis. Foto
Astro Awani
KUCHING:
Banjir di Sarawak terus memburuk pada Jumaat, dengan 16 pusat
pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri sebelum jam 12.00
tengah malam, berikutan hujan yang turun tanpa henti.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, empat daerah merekodkan keadaan banjir, melibatkan 313 keluarga dan 956 mangsa.
Daerah
Serian menjadi kawasan yang paling teruk dilanda musibah ini, dengan 11
PPS terpaksa dibuka, bagi menempatkan 229 keluarga dan 693 mangsa.
Ini diikuti Daerah Simunjan, yang membuka empat PPS bagi menempatkan 72 keluarga dan 217 mangsa.
Daerah
Samarahan membuka dua PPS iaitu di Dewan Suarah Kota Samarahan dan
Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong yang dihuni 10 keluarga dan 38
mangsa.
Sementara itu satu PPS dibuka di Pusat Sukan Tatau di daerah Tatau bagi menempatkan dua keluarga dan lapan mangsa.
Di
beberapa kawasan lain, seperti Kapit dan Matu, turut berhadapan
fenomena yang sama, namun PPS hanya dibuka beberapa jam sahaja, sebagai
langkah persediaan.
Fenomena ini dijangka
berterusan sehingga selepas sambutan Tahun Baharu Cina, akibat monsun
timur laut yang membawa taburan hujan yang tinggi serta air pasang
besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan