Isnin, 6 April 2020

PH, sekarang bukan masa bermain politik

Wartawan MalaysiaGazette
MGF10032020_SENATOR-ANGKAT-SUMPAH18
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berulang kali meminta sidang tergempar Parlimen diadakan ketika wabak Covid-19 yang sedang mengganas amat menghairankan.

Ini kerana, pemimpin PH yang suka ponteng beramai-ramai hingga nyaris kekurangan korum untuk sesi sidang Parlimen diteruskan.

“Hari ini, pesakit yang didapati positif Covid-19 di negara ini telah melebihi 3,000 orang. Apabila rakyat seluruh negara terpaksa berkurung di rumah dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 bagi memerangi wabak, malah Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Norhisham turut mengingatkan dua minggu akan datang sangat penting bagi kita dalam ‘peperangan’ ini, apakah niat dan muslihat PH untuk mengadakan sidang khas Parlimen?

”Ini bukan masa untuk berpolitik mahupun mencari publisiti murah, tetapi saat penentu sama ada kita akan berjaya mengatasi wabak.

”Oleh itu, kami meminta PH mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, dan perbaiki tabiat ponteng, hadir beramai-ramai ketika Parlimen bersidang nanti,” kata Pengerusi Biro Komunikasi Parti-parti Politik Antarabangsa dan Diplomasi MCA, Dr Tee Ching Seng.

Beliau menyifatkan tindakan Presiden PKR, Datuk Sri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen DAP Bandar Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Meng mendesak sidang tergempar Parlimen sekarang tidak lebih hanya mahu menyusahkan negara.

Tambahan pula, seluruh dunia sedang mengharungi waktu sukar membendung penularan wabak, sudah tentunya Malaysia tidak sanggup menghadapi apa-apa pergolakan politik.

Lantaran itu, katanya, MCA menyeru kepada PH supaya mengutamakan negara dan rakyat dan menghentikan sandiwara politik dengan segera.

“Mereka boleh hadir beramai-ramai apabila sidang Parlimen diadakan nanti,” katanya sambil mengingatkan bahawa

Parlimen mempunyai 222 keahlian dan hanya 26 orang diperlukan untuk mencukupkan korum persidangan.

Tee berkata, sidang Parlimen beberapa kali hampir tidak dapat diteruskan sepanjang 21 bulan PH berkuasa. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: