Isnin, 7 Oktober 2019

SPRM kompaun 80 penerima 1MDB untuk dapat semula RM430j

 
   
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti bagi mendapatkan semula wang yang mengalir keluar daripada 1MDB.

Berdasarkan senarai, antara yang menerima notis kompaun tersebut termasuk bekas pengerusi kumpulan CIMB Nazir Razak, anggota Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan bekas Pengerusi Felda, Shahrir Samad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, jumlah notis kompaun bernilai RM430 juta itu perlu dijelaskan oleh mereka dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

Jelasnya, tindakan itu disiasat mengikut Seksyen 92 (1) di mana sekiranya gagal membayar kompaun itu, pihak terbabit akan dihadapkan ke mahkamah.

“Semua wang yang terlibat ini adalah milik rakyat dan SPRM akan menuntut semula sebanyak yang mungkin.

“Wang yang terlibat keluar ini melibatkan transaksi melalui bayaran cek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Tiada ulasan: